rakan-rakan bloggers

Monday, June 16, 2014

kisah mamat poyo the IV

Hai peeps we meet again!! Uihh panas betul cuaca kat Malaysia ni sekarang..rasa nak terbakar kepala ni haa..macam mana lah dengan pelancong asing agaknya lagi-lagi yang tinggal dekat Negara iklim sejuk..hari ni agak super busy sikit rasa nya bukan super lagi dah tahap hyper busy dah ni..berlambak-lambak kerja nak kena buat sampai nak pitam rasanya..

Okay disebabkan ade member yang mesej cik coffee suruh story pasal mamat poyo a.k.a aril maka nya hari ni cik coffee akan cerita pasal dia..minggu lepas dia ajak cik coffee pergi kenduri member dia kat nilai..ikutkan memang malas nak pergi , yelaa sabtu tu cik coffee organize majlis kahwin..then ahad nak pergi kenduri kawen lagi lama-lama boleh muntah tengok pengantin..

Tapi dah dia asyik desak je..katanye dia tengah upset so, dia nak ade kawan yang teman dia..dah dia cakap macam tu atas dasar kesian kat kawan cik coffee teman la dia dari kl ke nilai..mula-mula masuk kereta tengok muka dia memang macam serabut sikit laa tak macam muka sebelum ni muka mintak penampaq!! Ceria macam apa ja..lama jugak cik coffee tengok muka dia..yelaa nak identify kenapa mamat ni serabut sangat..tengah ralit teliti muka dia akhirnya dia bersuara..seperti selalu lah kata-kata dia mmg buat org meluat
Dia: kau ni dah betol2 jatuh cinta kat aku ye??
Aku: (tersentak)eh eh eh takde maknenye..sila jgn perasan!!
Dia: setiap pandangan tu ade makne nye cik noraleya.. aku dpt rasakan kasih syg dlm pandangan tu hahaha..
Aku: giler ko ni..mmg kepala ko dah masuk air!!
Dia: hmm mmg sah dah..aku yakin 100%
Aku: apa yg kau yakin??
Dia :kau dah mula suka kat aku..hahaha
Aku: bengong!!!

Haaa kan dah kena bengong tak pasal-pasal menyesal pulak aku ikot mamat tiga suku nih kalau aku tahu aku biar je dia layan perasaan dia sambil memandu..tu tak cukup lagi dengan dia bahan aku depan kawan-kawan dia..mentang-mentang tangan aku penuh inai..dia cakap aku baru ja nikah dengan dia semalam kat selatan thailand..memang kaki aku ringan ja tendang kaki dia..terkelip-kelip mata kau menahan sakit..selatan thailand tu bukan ke tempat rakyat Thailand bertempur..gila kau aku nak menikah kat situ..haish penuh kesabaran aku ngan mamat nih..otw balik dalam kereta sengaja aku suruh dia cerita kenapa dia feeling upset sangat…apa yang dia upset sangat..rupa-rupa nya dia upset sebab takde kawan nak teman pergi kenduri..ya allah aku mati-mati ingatkan dia tengah depress..sabar je laa noraleya.

Tentang pandangan aku tu..aku mmg selalu pandang orang yg tengah marah macam tu..aku akan pandang je muka dia..tak kira la siapa pun dia..tu dah memang habit..nasib baik belum pernah kena jerkah lagi fuhhh

Masa balik tu macam biasa lah aku tak bagi dia hantar dekat dengan rumah..sebab banyak reporter pencen kat situ..mase nak turun tu dia panggil aku..”leya! rindu-rindukan aku taw” aku just pandang n buat muka je..kadang2 rasa serba salah dengan aril ni..aku yang hudus ni jual mahal kat dia..bajet cun sangat je!! Tapi bukan tu masaalahnya..masaalahnya hati..ade seseorang yang perlu aku buang dari hati ni..tapi aku belum Berjaya..even dia dah jadi suami orang, kenyataan tu masih lagi tak mampu buat nama tu keluar dari hati

Aku rasa macam aku dah move on..aku cakap aku dah get over dia..tapi setiap ape yang aku buat, masih membuatkan aku ingat dia..terlalu banyak masa yang diluangkan bersama..sebab tu ianya sukar bagi aku..wayang, karaoke,breakfast semua tu mengingatkan aku kat dia..hmm moga allah kurniakan kekuatan untuk aku buang dia jauh-jauh dari idup aku

Sekian sahaja bebelan cik coffee hari ni...til we meet again peeps bubye!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang