rakan-rakan bloggers

Monday, June 9, 2014

3 Perkara Yang Perlu Disegerakan Selepas berlaku kematian



Apabila berlaku kematian,dalam adat masyarakat melayu ni biasanya mereka akan uruskan jenazah dan sibuk membuat kenduri arwah..ada yang sampai 7 hari 7 malam..tapi mereka tak sedar ada 3 perkara yang perlu mereka segerakan..ape yang sepatutnya perlu kita buat ialah cepat-cepat buat perkara berikut:

·        Yang pertama mestilah Uruskan jenazah si mati

· Yang kedua, perkara ni bukan perkara main-main..ialah hutang!! Perlulah menyegerakan Selesaikan hutang si mati

·        Yang ketiga ialah perkara yang dianggap tidak penting disegerakan dan biasanya dipandang ringan oleh masyarakat melayu kita ni iaitu Urus pusaka si mati

Pengurusan jenazah ni merupakan fardhu kifayah. Anak-anak atau waris terdekat merupakan orang yang paling utama yang patut menguruskan jenazah ibu bapa mereka. Jangan Cuma tahu nak kira harta yang ditinggalkan sahaja.

Selesaikan Hutang Bagi Pihak Si Mati
Ayat terpanjang di dalam Al-Quran merupakan ayat yang menerangkan tentang hutang. Ayat 282 surah al-Baqarah ini bermula dengan:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ada urusan hutang yang perlu diselesaikan pada tempoh masa tertentu, maka catatlah …

Ayat ini menunjukkan setiap hutang kita perlu dicatat. Kerana hutang bukan perkara main-main..cik coffee tak pasti tentang hadis ni tapi pernah dikhabarkan pahala amalan si mati akan tergantung sehinggalah hutangnya selesai..jadi sebagai anak atau waris yang menyayangi si mati tolonglah selesaikan hutangnya..tak kesian ke kita pada si mati???

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W tidak mahu solatkan jenazah yang masih berhutang sehingga Sahabat bernama Abu Qatadah menjamin hutang tersebut.

Pernah didatangkan jenazah kepada Nabi saw untuk disolat, namun Baginda bersabda: “Solatlah untuk sahabat kalian. Sesungguhnya ia masih mempunyai hutang.”Abu Qatadah lalu berkata, “Aku yang menjaminnya.”Nabi saw bertanya lagi, “Dengan sempurna?”Abu Qatadah menjawab, “Dengan sempurna.”
Dan hutang yang menjadi tanggungan jenazah itu adalah 18 atau 19 dirham. (Hadis Sahih direkodkan oleh Imam Ibn Majah)

Jadi, pastikan orang yang rapat dengan kita terutamanya pasangan kita, tahu mengenai semua hutang-hutang kita. Siapa lagi yang dapat menguruskan hutang tersebut kalau bukan pasangan kita sendiri?

Makanya, silalah pastikan catatan harta & hutang ini dibuat dengan baik dan sistematik.Cik coffee perhatikan Banyak kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat melayu islam kita ni dalam perwarisan harta dan pusaka..antaranya yang jelas dapat kita lihat ialah:

Isteri Jarang Letak Suami Sebagai Penama
Kebanyakan isteri jarang sekali meletakkan nama suami sebagai penama harta mereka.Antara sebabnya? Tak mahu suami mereka berkahwin lagi. Atau dalam maksud sebenarnya, tidak percaya kepada suami.Sedangkan masa bercinta berjanji gunung dan lautan akan diredah.lautan api. Akan ku renangi...janji sehidup dan semati..ermm Di manakah api percintaan  yang membara yang pernah berputik di hati satu ketika dahulu? Hmm kesian.

Perkara ini menyebabkan hutang piutang dan harta pusaka lambat diuruskan dengan baik. Ada isu harta sepencarian barangkali. Letak nama ibu bapa yang barangkali telah tua yang menyukarkan mereka turun naik pejabat tertentu untuk menuntut harta. Letak nama anak yang barangkali masih belum cukup umur untuk menguruskannya kelak.

Urusan Harta Pusaka

Seterusnya urusan harta pusaka.Malangnya dalam masyarakat kita, harta pusaka ini dianggap sesuatu yang sensetive untuk dibincangkan. “Kubur arwah masih merah, sudah buka cerita tentang harta pusaka.”Walhal, ketika itulah masa yang paling sesuai untuk berbincang kerana semua waris berkumpul pada satu tempat. Terus dapat berbincang dan capai kata sepakat. Nak berkumpul semula agak susah, nak tunggu raya baru ada semua waris, itupun kalau semua balik kampung. Akibatnya, ]tuntutan harta pusaka mengambil masa bertahun-tahun lamanya dan akhirnya dibiarkan beku di Amanah Raya tanpa ada sebarang tuntutan.

Islam & Harta

Islam sebenarnya menggalakkan umatnya menjadi harta & berharta. Sebelum kita wujud lagi, bapa kita wajib membayar mas kahwin. Apabila kita lahir, sunat membayar sedekah dan membuat aqiqah seekor sekiranya perempuan dan 2 ekor sekiranya lelaki. Malah, ketika kita mati kelak urusan hutang amatlah serius. Jika tidak masakan Nabi saw enggan solat jenazah yang masih berhutang.Fahamilah, ilmu pengurusan kewangan ini penting bukan hanya ketika kita hidup tetapi juga digunakan selepas pemergian kita nanti. Catat semua harta & hutang yang kita ada. Jika tidak ada cara yang mudah untuk kita uruskan hal wasiat harta dan pusaka ni
anda boleh la berkunjung ke 

wasiyyah shope sdn bhd
n0 1,  jalan 9/42,Taman sejahtera
off jalan kuching,51200
Kuala Lumpur
Tel:0362509573
Fax:0362592853


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang