rakan-rakan bloggers

Thursday, May 29, 2014

Gadis yang dulu, Bukanlah gadis yang sekarang

Hello assalamualaikum peeps we meet again and again..semalam for the 1st tme cik coffee bagi pompom girls and pompom boys visit blog cik coffee..debor seyy but, I love them so much.. so they need to know more about my self.dikesempatan itu cik coffee pun belek-belek la palik post-post yang lamaa-lama zaman gadis-gadis remaja yang kecewa bercinta..malu seyyy adess macam tak percaya je cik coffee yang update semua entry tu..

Tapi fikir balik tak ade ape yang nak dimalukan pun..biasalah gadis kecil berumur 18-20 tahun yang sedang grow up yang sedang meneutralisasikan diri nya dengan dunia yang baru..setelah ape yang cik coffee lalui dulu conflict dalaman dan juga luaran..itulah yang membentuk cik coffee yang sekarang. Daripada seorang yang agak baran, turn to seorang yang mampu bersabar, seorang gadis yang agak boyish kepada gadis yang lembut dan manje (eceehhh)dan daripada seorang yang selalu memendam kepada seorang yang tahu macam mana nak mengekspresikan perasaan.

Im grow up now..seorang gadis yang baru yang lebih matang yang lebih tenang,berbaloi jugak mama menangis suruh cik coffee berubah dulu..hehe anak yang nakal.daripada suka pakai sneakers perlahan-perlahan cuba pakai heels..daripada suka pakai t-shirt ngan jeans, cuba pakai skirt..betul la ape yang dikatakan “practice make perfect” lama-lama dah biasa..kalau tak dulu pakai baju kurung pun dengan sneakers taw..

Dalam bab yang satu ni pun cik coffee lebih tenang dari dulu “bab cinta” kalau dulu, masa belum ade boyfriend..tngok couple-couple ni manje-manje ngan boyfie dorang..haish jeles!! Rasa macam forever alone je..tapi bila dah merasa sendiri cinta tu ape..hmm mintak maaf la tak kan ku terjebak lagi..agak sakit kott..so, im decided kalau that guy suka cik coffee and cik coffee pun suka dia..we just being close friends until we were getting engaged or married..tak perlu bersayang-sayang sebelum kahwin.ye laa kalau sebelum kahwin dah bersayang-sayang dah bermanja-manja..ape je yang tinggal lepas kahwin nanti?? Dah bosan..cukup la we know that we love each other betul tak??tapi jangan la gatal kawan ngan boy and girls lain pulak!!


Lagi satu body yang dulu dengan yang sekarang pun lain..ngeh3 daripada dulu yang tak berapa kecik and tak berapa besar..and becomes mengembang jadi besar..now dah kecut sikit hehe tak leh share lagi pic sekarang ni.sebab baru kecik sikit je..mamat poyo si aril t upon last jumpe cik coffee 4 tahun lepas..time belom mengembang sangat..trust me! Kalau dia tengok cik coffee yang dah mengembang..mesti dia akan berputus asa..yessss!!! that’s all for today bubye peepss

SELFIE from pompom
gang!!

Antara maaf dan Dendam

Hi peeps we meet again!!  Maaf dua entry sebelum ni terpakse cik coffee delete sebab its too obvious hehe..buat nye orang tu baca blog ni tak tersipu-sipu kau jemahh..hehe
Semalam one of my collegue tanye cik coffee ..leya u ni tak reti marah ke?? I tngok you senyap je masa bos tengking u and u tak reti sakit hati ke?? Yang tanye soalan ni name nye Jackie ye bkn Jackie chan..jackie lim kate nye..

Jackie I bukan nye takde perasaan marah, ade tu memang ade tapi tengok laa siapa yang marah I tu..bos mehhh bukan nye head department.. lagi mau argue ke kalau bos tengah hangin, dengar dan taat je laa..then pasal sakit hati tu..biase nya cik coffee ni kalau marah, simpan sampai malam je..sebelum tidur cuba cakap dengan hati.”aku maafkan kesalahan dia” tidur dengan hati yang bersih insyaallah korang akan tenang.

Someone pernah cakap kat cik coffee..”leya kemaafan tu adalah dendam yang paling indah” tak rugi pun kita maafkan orang..sedangkan kalau kita berdosa sebesar-besar dosa pun allah bukak pintu taubat seluas-luasnya untuk kita..bahkan kalau kita ulangi dosa itu.pintu taubat itu masih lagi terbuka untuk kita..betapa pemaafnya allah..ini kan lagi kita yang manusia ni??ego menggunung sangat..lagi satu even pun kesalahan tu bukan dari pihak kita..tak salah kita mintak maaf dulu..tak jatuh pun maruah dan ego kita..lagi best ade laa sebab org tu mesti taw dia yang salah, bila kita mintak maaf dulu mesti dia rasa malu..


Macam yang selalu cik coffee cakap, bahagia tu adalah 1 pilihan..walaupun dunia ni penuh kebencian, tapi kita memilih untuk bahagia..insyaallah kita akan bahagia..tapi macam mana nak bahagia kalau hati tak tenang?? So, amal kan laa budaya maaf memaafkan ni..percayalah tak rugi..hati kita akan tenang wajah pun akan lebih berseri-seri hehehehe that’s all for today..till we meet again..bye peeps!!

Thursday, May 22, 2014

Obses Nak Kurus

Hello peeps we meet again!! Hari ni mood agak swing sikit sebab pagi-pagi lagi perut ni dah bergolodak mencucuk-cucuk macam ape je..entah kenapa sejak dua menjak ni angin dalam badan ni menjadi-jadi sampai nak muntah rasa nye..

Macam yang u’olls tahu cik coffee ni agak bam bam orang nye…sebelum ni puas lah orang membebel, mengutuk,mengata..buat tak tahu je..sekarang ni bila dah dapat kesedaran sikit haa mule lah dah dapat perangai baru..perangai obsess nak kurus..so far cik coffee dah Berjaya menurunkan berat badan sebanyak  16 kg Alhamdulillah badan pun ade Nampak kecut sikit..tappiiii

Haa ni lah masaalah nye…bile dah turun 16kg cik coffee dah start jarang wat cardio..bila jarang buat cardio and makan pun still dalam calori intake..berat  cik coffee jadi maintain macam tu je..tak naik tak jugak turun..tapi mcm ade 1 part yang tiba-tiba mengembang..bile dah jadi mcm tu mula lah gelabah biawak setiap minit dan saat asyik belek badan kat cermin..pastu mulut ni berbuih Tanya mama and adik “kakak Nampak makin gemuk ke??” dorang pun dah fed up nak jawab..ngeh ngeh ngeh nasib korang laa

Tapi cik coffee ni masih beruntung mempunyai pompom girls and pompom boy yang selalu support cik coffee..segala yang pada permulaan nya Nampak macam mustahil perlahan-lahan menjadi reality..syukur sangat pada allah dikurniakan kawan yang baik macam mereka ni saying dorang sangat-sangat..tak dapat bayangkan kalau kehilangan dorang..sob.sob..sob…

Mereka ni cik coffee kenal mase join program fitness yang di anjurkan oleh seorang public figure kat Malaysia ni iaitu Kevin zahari..mulenya tak de lah rapat sangat..but something happened membuatkan kitorang tetibe rapat dan menjadi sekepala,sejiwa,sehati dan sekaki hehe..meh cik coffee belanje sikit wajah-wajah yang santek dan ensem nihh..cekidaottt


haa yang konon-konon comel ni depan skali 
wawa, acu tini dan kak.shafy


Yang baju biru tu satu2 nye kumbang dm group kami
mase ni dia bam-bam lagi..sekarang kurus bak hangg
abg pali,tengah kak mim and hujung kecik-kecik molek-molek tu nana



wawa dan k.shafy korang dah kenal kan kat atas tadi
tudung merah tu kak.kidd namanya dialah yang paling k.long sekali
yang budak comel tu anak k.neeny si affan..

yang putih-putih gebu-gebu ni kak neeny
namanya tapi we'ols panggil
mummy neeny..

Thats all untuk entry kali ni malas nak bebel panjang-panjang bye olss!!!!

Wednesday, May 21, 2014

Tanda-Tanda Wanita Itu Menolak Anda



by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Pernahkah anda terpandang seorang wanita yang sangat menarik lalu ingin mendekatinya? Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki mahupun wanita. Apabila sudah mula kenal, anda ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya. Namun adakalanya anda hanya menyimpul impian. Gadis yang kita minati itu umpama jinak-jinak merpati. Dia nampak seperti menyenangi anda tetapi sebenarnya dia hanya menganggap anda tidak begitu istimewa di hatinya.

Berikut tanda-tanda wanita yang sebenarnya menolak pelawaan anda untuk menjadi pasangan anda:

1. Dia tidak membalas panggilan anda - Siapa yang tidak riang bila si dia menelefon. Sekalipun hanya bertanya khabar berita atau mendendangkan kata-kata romantis, ia sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi tatkala anda menelefon dan dia mengelak menjawabnya, ia petanda awal anda bukanlah istimewa sangat. Lebih buruk jika anda meninggalkan mesej dan dia tidak membalasnya.

Review
" tak semestinya..kadang-kadang perempuan ni bila ada lelaki cuba menyapa, dia tak tahu nak balas mcm mane…lagi-lagi lelaki yang dia suka..nak angkat call takut tergagap-gagap tengah fikir-fikir ayat yang sesuai talian bunyi ring tone habis..mampu menghela nafas je laa”

2. Dia cuba menjodohkan anda dengan kawannya - Jika anda menyuarakan isi hati, tiba-tiba si gadis memberitahu anda nampak sepadan dengan kawannya atau si polan dan si polan. Dia akin bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan anda bahawa anda tersilap memilihnya. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan anda.

Review
Kadang-kadang orang mcm ni spesis cik coffee..simpan perasaan ,tapi takut orang tahu..jadi pura-pura tak ak suka..bila org ejek-ejek laki tu dgn org lain.. buat-buat cool dan turut serta menyokong dan memasangkan lelaki tu ngan pmpuan tu..membara beb…lagi sadis kadang2 buat-buat suka kat lelaki lain..padahal takde feeling pun..psyco kan..ngeh3..kejadian ni berlaku mase cik coffee kat kolej dulu..sob sob sob sedeyy hehehe


3. Tiada bahasa tubuh - Selain kata-kata, bahasa tubuh memberikan banyak petanda. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia. Kalau tiada semua itu, bermakna anda hanya kawan biasa baginya.

Review
Haaa ni lagi satu sepsis..perempuan ni dilahirkan dengan sifat malu..kalau dia suka, dia akan curik-curik pandang je..and akan pastikan dia tak tertangkap..and lagi pro dia buat-buat macam tak suke kat laki tu..bila jalan dpn lelaki tu dia akan sombong lain macam..nak cover debor katenye..

4. Menolak pelawaan anda dengan baik - Apabila sudah sayang, sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan anda tatkala anda mengajaknya keluar, faham-faham sajalah penting atau tidak anda di sisinya.

Review
haaa yang ni mmg betul laa..kalau tak suka mmg perempuan akan tolak.

5. Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat - Dari salam perkenalan anda ingin menjalin perhubungan yang lebih erat. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati. Namun kalau dia sudah menolak anda awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya.

Review
Yang ni faham-faham sendiri laa no comment dah terang lagi bersuluh dengan spotlight




Kisah Mamat Poyo II

Hello peeps we meet again ingat tak pasal mamat poyo yang aku citer hari tu..dia buat pasal ag ngan aku konon nye ade barang aku yang aku yang dia simpan kan ..dia mintak address untuk pos kan barang tu..aku pun bagi laaa.. sekali dia ugut nak hantar rombongan meminang la bagai taikk betol.

Agak nye dia ni ade penyakit kencing manis sampai dia tak boleh berfikir dengan waras agak nye..Sekarang ni dia dah ade point lau argue ngan aku macam semalam dia cakap aku busuk dan suruh aku admit aku busuk..giler nak admit aku wangi okay siap pakai perfume miracle by lancome ang glow by j lo my peberet perfume ever!!! Tapiii dia paksa aku admit aku busuk kalau tak dia hantar rombongan meminang weekend ni..giler tak gelabah sebab dia yang aku kenal akan buat ape yang dia cakap..sebelum ni laa sekarang tak tahulah macam mana perangai dia sekarang ni..

dengan keadaan mama aku yang masih sakit hati dapat tahu ex aku si saiful yang beria nak ikat hubungan ktorang lepas raya ni dah kahwin!!.. tak mustahil mama aku akan terima dia tanpa menunggu jawapan dari aku..perhh membayangkan nye pun dah ngeri apetah lagi melalui situasi tu..tak dapat bayang kan dia yang aku sengal-sengalkan, mengom-mengom kan jadi husband aku..ohhh tidaaakkk nightmare ni!!

Owh lupe lak aku nak kenal kan dia serba sedikit..cukup la korang kenal dia dengan nama aril..sebut nama penuh kang bahaya lak malu pulak dia nanti..dia lebih tua dari aku 3 tahun..now dia bekerja sebagai engineer kot..aku pun tak paham carier dia macam mana and aku malas nak paham..tanye banyak kang dia salah anggap pulak..dia ni anak bongsu..yups semestinya anak bongsu yg selalu carik pasal ngan aku..adik beradik dia semua lelaki..tiga orang je pun, dia ni ade suara yang agak sedap laa serak-serak basah gitu..sangat pembersih ye sebab dulu kalau keluar ngan dia..dia akan cek pinggan mangkuk cawan sebelum dia makan..walau ade kerak sikit pun or berminyak jangan harap dia nak mkn..siapp nak muntah yang tak tahan tu..


kadang-kadang meluat gak aku menengok nye tapi nak buat macam mane..dah memang dia sepsis tu..

Tuesday, May 20, 2014

Cinta lelaki Tidak Boleh Dipercaya

Assalamualaikum..hai peeps we meet again..haaa agak provokasi tajuk entry cik coffee kali ni..tapi korang anda semua mesti setuju kan dengan statement cik coffee..

Pernah tak anda mengalami situasi ni, anda mengenali seorang lelaki..dia selalu caught in action masa tengah curi-curi pandang anda. Dan dia juga begitu mengambil berat tentang anda, selalu meniru perbuatan anda dan juga begitu banyak kebetulan yang berlaku antara anda dan dia..mesti apa yang dalam fikiran anda tu same dengan cik coffee (dia suka aku ke??) bukan main caring lagi menjaga anda sampai anda dapat rasakan dia suka anda sebab perempuan kan ade deria ke enam.

Tapi tahukah anda?? Walaupun dia selalu curi pandang, walaupun dia caring yang teramat and walaupun Nampak sangat-sangat dia menyukai anda…TAK SEMESTINYA DIA MENYIMPAN PERASAAN KAT ANDA percayalah itu semua hanya khayalan anda!! Sebab itulah kita sebagai perempuan kena menjaga hati kita dengan lelaki-lelaki macam ni..actually cik coffee dah terkena banyak kali!! Siap panggil sayang-sayang tengok wayang sama-sama, bergayut macam nak rak setiap malam, dia nyanyikan lagu sebelum tidur..lastly dia cakap ngan member that we just friends..what the hell??


Jaga hati anda sebab cik coffee tahu at the 1st sigh bukan perempuan yang jatuh cinta dulu..rasa tu akan timbul lepas semua layanan dan perbuatan mereka.so, as langkah berjaga-jaga cik coffee always deny perasaan and selalu ingat kan diri jangan terkena lagi..kalau orang tu betol-betol ikhlas mesti dia akan berterus terang kan?? That’s all utk entry kali ni..till we meet again peeps!!!

Monday, May 19, 2014

Adakah dia orang nya??

hello peeps!! sekarang aku dah gila and gian nak berblogging..ade sesuatu yang aku nak story kan disini..

lately ni ade seorang kawan lame contact aku balik..dia jumpa aku melalui facebook dah lame carik aku katenye and dia try search nama penuh aku kat internet tapi bukan takat facebook segalala medan sosial dia tak jumpa aku..lol kawan! memang lah kau tak kan jumpa sebab aku tak pernah guna nama penuh dalam laman sosial nih untuk keselamatan dan privasi diri mehhh..hampir setiap hari dia mesej aku ntah kenapa tahh..aku ni agak janggal sikit lau dah lame tak sembang nih..dia lak men terjah je..

Lagi satu dia ni agak pelik sikit sebab suka panggil nama penuh aku 
Dia :hey Noraleya Nordin
cik coffee : kau dah kenapa asyik pnggil nama penuh aku??
Dia : kau pernah dengar tak pepatah practice make perfect??
cik coffee: ye pnah..knape??
Dia : aku practice dari sekarang..nanti takde lah tergagap time akad nikah!
cik coffee : ekelehhh poyo la mamat ni!!!

hahaha memang poyo pun..gadis normal akan blushing time tu..tapi aku tak blushing apetah lagi blusher! takde feel mehh len lah org yang aku suka ckp mcm tu kan..maunye terbang melayang2 ke angkasa ngeh3
seriously mamat ni aku letak dalam friendzone.. aku ni pun takde lah cantik dah la tembam yang ade cume kecomelan semulajadi hehehe bukan nye nak memilih, tapi aku mmg anggap dia kawan kot.tak reti aku nak fefeeling2 ngan dia..pernah satu hari tu dia tacing ngan aku..

Dia: leya aku suke kau, ko suke aku tak??
aku: without hesitation..TAK
dia : alaaa kenape tak :(
aku: kau tak tanye pun aku cintakan kau ke tak..
dia: ish kau ni berterus terang sgt laa..do u love me??
aku: still No!! hahahahaha

lepas tu berminggu-minggu dia tak contact aku..niat aku nak gurau je and aku pun fikir dia bergurau thats why lah aku buat macam tu..tapi kepada dia yang ku anggap kawan tolong lah mengerti yang perasaan tu tak boleh dipaksa..andai betul kau orang yang aku tunggu selama ni insyaallah allah akan tunjuk kan jalannya.aku pun doa kan hati aku terbuka utk kau..dari aku mengharapkan org yg tak pernah pandang aku..hmmm
keep calm and stay on ur friendzone ngeeee

iam comming back!!!

assalamualaikum and hello peeps..warghh lame giler cik coffee tinggal kan blog nih. Bukan setakat dah bersawang dah maca rumah tinggalan dah nasib la blog dpt blogger macam aku nih pemalas yang benor. okay now dari aku terus merapu rapan baik aku update sedikit tentang diri aku Miss leya a.k.a cik coffee yang makin comel anggun dan bergaya nih..chewaahhh!!
Setelah setahun leebih berlalu tak banyak sangat perkara pelik yang berlaku, i grown up to be a matured and beautifull women. macam yang pernah aku bagi tahu dalam entry-entry sebelum nih aku adalah seorang pelajar dalam jurusan syariah dan undang-undang. Now guess what?? aku bekerja sebagai legal assistant kat sebuah firma guamam yang agak steady lah  dah nama nya rezeki allah nak bagi. Ade jugak bercadang nak futher study since umur aku masih muda dan belia shangatt nih, tapi mungkin aku just ambik pembelajaran jarak jauh(PJJ) atau pon dikenali sebagai part time study.
Perwatakan aku yang semua orang kenal semestinya agak pendiam pada mula kenal dan akan automatik transform menjadi diri sendiri yang periang kalau aku selesa dengan orang tu.Tapi tidak kat tempat kerja, aku seorang yang pendiam dan agak tegas bercakap jika perlu saje..kenapa??? sebab aku nak kerja lame tak hingin nak terlibat dengan konflik hati dan perasaan ni...jadi professional and act like proffesional!!
thats all update pasal diri aku..mesti korang bosan kan???
moga entry ni mampu membantu anda tidur ngeeeee



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang