rakan-rakan bloggers

Sunday, June 1, 2014

kisah Mamat Poyo III

Hai peeps  setelah sekian lama tak dengar khabar pasal mamat poyo si aril..haa kali ni aku nak update pasal dia kisah ni berlaku time weekend yang lepas ni iaitu sabtu. Seorang member ajak aku pergi kenduri kahwin kawan kitorang dekat seri kembangan. Cerita nya setahu cik coffee last contact ngan mamat poyo, dia kate dia offshore ke sabah.so, aku a.k.a cik coffee ni memang tak expact la dia akan menghadirkan diri kat majlis kenduri tu cik coffee dengan si yana (member yang ajak kenduri) memang datang lambat, sampai je kat meja yang di reserve untuk kitorang, cik coffee tercengang!!

 Apesal macam kenal je mamat ni..punye laa cik coffee ralit pandang dia sekali dia wink mata dia ..punye la terkejut terus capai kerusi and duduk.adeii apesal mamat aril ni ade pulak!! Bukan ke tengah offshore!! Seperti selalu dia la yang paling riuh antara semua tapi..yang musykil nye..dia tak terkejut pun tengok cik coffee yang dah completely berubah dan mengembang.

Tengah sembang-sembang..dia ambik kerusi, dia duduk sebelah cik coffee then guess what?? dengan selamber badak air nye..dia ambik handphone cik coffee yang dah mmg sedia ade atas meja dia bukak gallery..ya allah membara hati ni tuhan je yang tahu..nak je rampas hp tu and ckp “ko tak reti hormat privasi org ke!!” tapi cik coffee diamkan sbb tak nak malukan dia depan kawan-kawan lain..

nak dijadikan cerita dalam hp cik coffee tu penuh dengan gambar Jk1m members yang tersepuk tak sempat nak transfer dalam lappy..sekali dia belek-belek dia jumpe picture the only pompom boy dalam group kitorang..terus dia tanye..siapa ni?? Cik coffee just pandang, senyum and diam je..dia tanye lagi “oii, jwb laa siapa ni” masa tu tetibe idea jahat muncul !!

aku: kau agak-agak siape??
Dia: bf ko ke?
Aku: yups kwn lelaki aku (bukan menipu ea..betul laa kawan lelaki bkn pakwe)
Dia: owhh dah berpunya..tapi takpe selagi belum kawen…
Aku: hah?????????

Aku biarkan je dia dengan salah faham dia..maaf kan leya ye abg pali..tak pasal-pasal abg pali jd mangsa ngeh3..the worst thing pulak, balik tu dia offer nak hantar cik coffee balik umah..sekali jalan kata nye..si yana ni memang haluan nye bertentangan ngan cik coffee..dia duduk nilai, so memang dia akan berpatah balik laa kalau hantar cik coffee balik rumah..cik coffee suruh hantar ke ktm serdang je..dah sampai member-member yang lain marah..okay fine!! Ko hantar aku balik!!

Dalam kereta cik coffee expact dia akan banyak bercakap..tapi dia diam je..suasana jadi awkard dah nak sampai sungai besi baru dia bersuara. Dia cakap sesuatu yang bagi cik coffee agak menyedihkan laa..

Dia: leya , kau baru putus cinta kan? Yana citer kat aku…aku whatsapp dgn dia hari tu.

Aku:hmm aah, ex aku dah kawen pun…biar la dia..

Dia: mesti hati ko sakit sgt kan sbb tu ko jadi mcm ni..leya yang aku kenal dulu..agak kasar tapi hati dia lembut…tu yang buat aku jatuh hati tu..leya yang sekarang ni org nye lembut tapi hati dia dingin..kenape laa aku takde time tu..
.
Cik coffee tersentak rasa nak menangis pun ade..kenapa dia suka org macam cik coffee?? banyak lagi perempuan yang sesuai dengan dia..kenapa dia nak suka dekat si bam bam  yang hodoh ni?? Lepas dari hari ni mesti hati dia berubah..dia suka leya yang dulu..bukan nye cik coffee yang sekarang..and lagi 1, si yana mulut tempayan tu dah tunjuk pic latest cik coffee..padan la mamat tu cool je..cehhh that’s all la for today penat pulak nak bercerita..dah macam cerpen dah punye detail aku bercerita nih..tapi percaya lahh..tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka!! Bye peeps till we meet again!!!

selfie pagi isnin
#monday bluesss

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang