rakan-rakan bloggers

Thursday, June 12, 2014

menahan diri dari amarah,menjaga hubungan sesama manusia

Hai peeps..we meet again..berhari-hari sepi tanpa updates  entri cik coffee pun dah rase rindu giler kalau sehari tak blogging..blogging addicted dah ni ngeh3..dua tiga hari ni banyak diduga kesabaran sampai satu tahap tu rasa nak explode je segalanya..tapi Alhamdulillah masa nak explode sangat-sangat tu cik coffee teringat segala effort yang cik coffee buat untuk berubah daripad seorang yang panas baran kepada seorang yang agak sabar..

Kewarasan akal cik coffee masih boleh mengatasi emosi  yang membuak-buak tu . syukur pada allah kerana menggerak kan hati ini untuk melakukan perubahan.kalau dulu cik coffee seorang yang cerewet,cengey,baran sampai kan munie dengan seha pun tak berapa suka kalau keluar makan dengan cik coffee..ada saje yang tak kena..yang selalu jadi mangsa of course la waiter kedai tu..selamba badak je cik coffee sound tepek kalau tak puas hati..

Bila difikirkan balik..kesian dorang kan? Air muka dorang…mesti dorang malu kena sound depan customer lain..kalau la boleh diputarkan waktu cik coffee nak minta maaf kat dorang semua..tapi banyak sangat dah tak ingat dah restoran ape tah lagi muka waiter tu..hmmm sebab tu la orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padah nya..hilang percaya orang kat kita..

Tapi bila perubahan tu dibuat..dugaan yang datang tu masyaallah luar biasa..yang pertama orang selalu salah faham dengan kata-kata cik coffee..kadang-kadang ape yang cik coffee maksud kan tu jelas, takde kias sebab cik coffee bukan nye jenis jarum yang suka menusuk hati orang..tapi balasan nye masyallah sakitnye..tuhan sahaja yang tahu..cik coffee bukan jenis perli-perli kalau tak puas hati cik coffee akan datang dekat and time tu cik coffee kias.tapi bukan kias menyindir yang menyakitkan hati orang.pendekatan yang cik coffee guna..”weh aku tngok ko makin cantik seyy!!, tapi kan maaf laa jangan pakai pakaian mcm ni nanti org ambik kesempatan kat ko, aku syg kat ko sbb tu aku tegur ko” bukan nye dgn kata-kata mcm ni “ ko ni islam ke kapir, ko x taw ke tu aurat..pakaian neraka tu taw tak.ko x de maruah ke nak dedahkan badan ko untuk tontonan umum???!!” ni nama nya kata-kata demotivated

Lagi satu seni menegur ialah kita personally bercakap dengan dia, bukan nya tegur depan orang lain.tu menjatuhkan air muka dan boleh mencipta pergaduhan..kalau kita tak suka orang buat macam tu kat kita..kenapa kita buat macam tu kat orang??rasa kan kesan nya kat diri sendiri dahulu, barulah kita buat kat orang..rasa peritnya dulu..

Pernah tak kita fikir, hari ni kita menyakiti orang semahu-mahunya sesakit-sakitnya..dan esok nya kita menyesali perbuatan kita dan ingin memohon kemaafan tapi malangnya orang tu dah tiada?? Tahukah anda dosa kita dengan allah kita boleh mohon ampun pada allah kita boleh bertaubat..tapi kalau kesalahan kita sesame manusia..kita kena minta maaf dan mengaku kesalahan kita pada nya terlebih dahulu..mampukah anda untuk mencari manusia-manusia yang anda sakiti???jangan kerana lisan, kita terhalang dari memasuki syurga nya..jangan kerana iri hati, kita dicampak kedalam nerakanya..

okay laa that’s all untuk today till we meet again peeps..andalah tempat sy meluahkan segalanya..walaupun saya tidak tahu anda siapa,bagaimana rupanya..entah-entah cik coffee syok sendiri update entri..tpi tu semua tak penting..yang penting saya gembira dengan kewujudan blog ni..walaupun manusia diciptakan dengan bahan yang sama..tapi belum tentu manusia dapat memahami manusia..sekian..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang