rakan-rakan bloggers

Wednesday, August 13, 2014

a goose dreams

Salam and hello peeps!!  Hari ni aku nak share satu lagu yang setiap kali akan aku dengar bila aku rasa down and hampir berputus asa..tajuk lagu  ni a goose dream by insooni..lagu ni mencerita kan tentang seorang yang mempunyai impian dan nak sangat capai impian dia..
Entah kenapa aku rasa lagu ni relate sangat dengan aku…pernah ade seorang pegawai di jabatan agama islam wilayah, tempat aku praktikal dulu cakap yang aku ni macam obor..berkobar-kobar semangat nye tapi perlukan seseorang untuk memegang nya dan menyalakannya..ye aku ade impian yang besar. Impian yang aku simpan sejak sekolah menengah lagi, aku  bercita-cita nak belajar sampai dapat atleast master dalam bidang yang aku minat..dan yang pasti nya impian aku nak sambung belajar di luar Negara tapi kita hanya merancang dan allah yang menentukan segalanya memang aku tak dapat sambung belajar pun walaupun masa tu aku dapat banyak tawaran..

Tapi takpelah berkorban untuk keluarga, mungkin rezeki aku ditempat lain, tapi yelahh siapa yang tak jeles tengok kawan-kawan lain futher study siap ade dah yang nak ambik DSLP ngan chambering..padahal dulu aku lah yang paling bersemangat membayang kan aku akan jadi seorang  pengamal  undang-undang dan selalu dipuji atas kelantangan aku dalam pembentangan dan hujahan.

setiap kali aku dengar lagu nih mesti aku menangis..aku nak jadi yang terbaik, aku nak ubah nasib keluarga dan yang pastinya suatu hari nanti aku nak bagi yang terbaik untuk bakal anak-anak aku..jauh kan aku berfikir?? Orang kata “relax lah kau masih muda lagi” tidak bagi aku, setiap saat mengingat kan yang umur ku telah sesaat berlalu dan adakah aku dikurniakan umur yang panjang untuk berbakti??aku bukannye nak bagi kemewahan dekat bakal anak-anak2 aku..Cuma cukup lah mereka selesa dan dapat capai impian mereka suatu hari nanti..aku tak nak bagi alasan “ tak cukup duit” sedang kan mereka ade keinginan untuk belajar.


Aku bukan saje-saje nak poyo cakap macam ni..tpi ini yang aku maksud kan aku betul-betul maksud kan..sebab zaman sekarang ni, perempuan dah tak boleh nak mengharapkan lelaki.cukup lah banyak contoh aku tengok depan mata, si suami lepas tangan, dan segala perbelanjaan isi rumah isteri kena tanggung padahal asalnya konsep isteri bekerja adalah untuk bantu suami..jadi  dari sekrang ni aku kena bekerja keras  mencari kerja yang betul-betul dapat menjamin kehidupan aku and keluarga aku pada masa akan datang..

Monday, August 11, 2014

belajarlah untuk menghargai

Hai ols we meet again dalam entri yang kali ni..kali ni aku nak cerita tentang penghargaan atau dalam bahasa orang kampong aku “appreciate” ramai orang yang terima penghargaan tapi tak ramai yang yang tahu menghargai

Nak dijadikan cerita, ade la sorang yg aku kenali , kira aku rapat laa ngan dia ( nama tak perlu di mention) aku rasa dial ah org yang paling banyak dapat penghargaan dan dialah yang paling bertuah sbb ade orang sayang dan hargai dia..dia ada boyfriend yang baik sangat, tulus dan mulus serta kudus haha..pendek kata sanggup buat apa saje demi kenalan aku ni laa

Dari segi material tu dah confirm-confirm laa dah mcm suami isteri dah aku tengok..memang perlaburan besar laa bf dia tu tapi sayang nye dia ni sebagai org yg dihargai dia tak menghargai pun boyfie dia mmg dia kongkong abis laa aku tak tau nak cakap mcm mana..dia terlalu ikutkan perasaan and terlalu nak ikut kepala dia je..lelaki tu nak tukar kereta, dah kira baik la lelaki tu tanye pendapat dia, makna nye dia penting la bagi lelaki tu..dia lak boleh bentak lelaki tu dengan ayat nih “ tak payah nk ngengade!! Yang ade ni pun belum abis bayar!! Nak tukar-tukar nanti siape yg nak bayar??”

Bila aku nasihat tak nak dengar..ade caranya untuk kita deny keinginan orang..jangan kita fikir orang tu lebih sayang kita dari kita sayang dia, kita boleh ambil kesempatan..bila-bila masa je hati dia boleh berubah, time tu nak menyesal memang selamat tinggal lah..cakap baik-baik tanye dulu kenapa dia nak tukar kereta, macam mana dia nak bayar,kereta apa yang dia minat tu, lepas tu nasihat dia bagi tahu yang kereta yang dia pakai tu pun okay..tapi kalau ade rezeki lebih nanti kita tukar kerta yg dia minat..kan lebih baik macam tu dari kita terus pangkah dia..

Kerap kali soalan ni keluar dari mulut aku..”kenapa kau buat dia macam tu??” yelaa macam mana aku tak asyik tanye..sampaikan lelaki tu nak beli handphone pun dia larang beli handphone yang lagi canggih dari dia..kalau nak beli handphone beli yang sama dengan dia or lagi bawah dari dia..

Tolonglah wahai makhluk-makhluk sekalian..tolonglah hargai orang macam tu baik giler kot..jangan ambil kesempatan atas kebaikan dia sebab ramai lagi perempuan kat luar sana yang nak hargai dia…statement aku ni bukan nya bermaksud aku suka teman lelaki dia..memang sikit pun tak lah..Cuma aku rasa macam tak adil..lelaki yang baik macam tu sering bertemu dengan perempuan yang tak reti hargai dia..and perempuan yang baik kat luar sana selalu bertemu dengan lelaki yang akan layan dia mcm kat neraka..

bila aku tegur je, dia kaitkan aril..aku dengan aril lain, dengan tegas aku bagi tau aril yang aku ni tak sesuai untuk dia..berbeza sangat kitorang nihh dan aril tau yang aku just anggap dia kawan..kawan baik  9 tahun kot ,macam mana aku nak adapt situasi kawan baik aku jadi boyfie ishh mmg tak boleh!! Lagi satu aril kerja kat sabah, 6 bulan sekali balik Malaysia..ye aku ni jenis yang tak boleh ditinggal banyak pertimbangan aku fikir sebelum menolak dia..cukup laa org biasa-biasa je untuk aku..memang kesian ngan dia mmg tak sampai hati..tapi kalau menipu yang aku suka dia..tu lebih menyakitkan hati..


Aku percaya kalau allah nak gerak kan hati, allah tak kan gerak kan 1 hati je..allah akan gerak kan dua2..tak guna aku bagi harapan, kalau aku just berlakon kaku je depan dia..

Thursday, August 7, 2014

soalan-soalan cepumas yang menyebalkan

Assalamualaikum, hai peeps!! We meet again setelah sekian lama menyepi..busy cek habaq hang!! Tapi hari ni hati aku ni dipanggil-panggil menggedik-gedik nak post entry kat blog kesayangan aku yang dah bersawang ni..actually aku rasa blog ni la kawan terbaik aku..yang aku boleh luahkan perasaan sebal terhapad dunia yang kejam nih..ececeh ayat nak power je..ngeh3..

Sebelum membebel lebih panjang aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir da batin kepada followers dan reader or silent reader, blogger dan blogwalker..andai ade tulisan aku yang mengguris perasaan sesiapa..macam kebiasaan ramai orang balik kampong bila tibanya hari raya aidil fitri, begitu jugak lah aku…tngah syiokk mood raya…haish keluar pulak soalan-soalan sumbang dari sesetengah ,mulut aunty2 dan cousin2 ni..
Soalan nye berbunyi begini, “ko dah ade belum leya?”aku tertenye-tanye..”ade ape?” rupa-rupa nya maksud dorang boyfriend!! Ya ampunnn..takut sangat dorang yang aku ni jadi anak dara tua..haishh siap tanye bile nak kawen, yang paling advance sekali..siap mix and match arghhh stress!! Kalau org yang dimatch kan tu tak de depan mata tu ampun la jugak..ni dua-dua ade kat situ haishh mau nye tak terkiput-kiput kami berdua..

Yang lagi mengharu kan keadaan..kawan adik aku pun di mix and match kan adoyaii..dah yang budak tu pun hari-hari datang rumah..tolong pasang langsir laa repair oven laa huish semak nye otak acik!! Kata nya budak tu suitable sgt dengan aku..okay dia mamak!! Dorang siap kata siapa lagi nak kat aku..dah orang nak tu..terima je lah..aiyakk iam not that desperate laa..and aku bukan nye tak laku sangat..kalau aku bawak aril tu dtg rumah, senyap kot semua nya..tapi, tu tak adil lah untuk aril..nampak sgt aku pergunakan dia untuk kebaikan aku sahaja..sedangkan aku tak de niat nak jadikan dia someone special..bukan nya apa, aku bukan nya tak nak kahwin atau berteman lelaki..tapi hati aku ni dah kering sangat memang dah takde hati sangat-sangat..event ade kawan kat fb aku tu bagi hint pun aku buat tak tahu je..memikirkan pasal cinta, hati dan perasaan ni pun aku dah rasa trauma..sikit pun aku tak jeles tengok pasangan lain..

dan aku percaya, sekeras-keras hati aku ni pun suatu hari nanti akan lembut juga..dan aku juga percaya yang kalau allah nak gerak kan hati, allah tak kan gerak kan satu hati je..allah mesti akan gerak kan dua-dua..sekrang nih memang allah dah letak kan perasaan “suka” kat seseorang dalam hati aku..dan mungkin perasaan tu takde dalam hati dia..and aku just biarkan je perasaan tu sebab aku yakin perasaan ini akan berlalu seiring dengan waktu..dan mungkin perasaan ni datang sebab dia tu seorang yang caring dan mungkin juga aku hanya suka pada sifat nya…


okay sekian sahaja bebelan aku untuk hari ni..thanks and bye peeps..till we meet again!!

Tuesday, August 5, 2014

Bicaraku dengan hati

YA Allah kuatkan aku..aku tgh belajar erti sabar dan redha ya allah namun dugaan mu selalu menghempas dada ini..ya allah kuat kan aku.. sesungguhnya hatiku ini terlalu rapuh dan perlu berpaut padamu..saat aku cuba menjadi seorang yang sabar, semakin rakus mereka mengambil kesempatan merobek-robek hati ini..semakin aku cuba untuk redha semakin kuat mereka mengejek dan mencabar..

menangis lah wahai hati..menangis lah..usah dizahirkan tangisan itu dengan air mata..katakan pada empunyamu pemilik mu bahawa dia lebih kuat dari yang disangka..saat sahabatnya mengkhianatinya dan membuangnya umpama sampah..

katakanlah hati pada pemilikmu jika dia sabar dan redha, allah akan gantikan sahabat yang mampu menghilangkan segala gusar dan resahnya..katakanlah jua wahai hati, disaat dunia menghinanya dan mengejeknya..katakanlah pada pemilikmu bahawa allah bersamanya beserta dengan dugaan itu ade hikmah dan pengajaran yang allah ingin sampaikan padanya..

katakanlah wahai hati saat pemilikmu berasa sunyi walaupun dia dipenuhi insan sekelilingnya..teruskanlah kepura-puraan itu..teruslah tersenyum teruslah ketawa walau ianya janggal bagimu..jangan ditunjukkan perasaanmu itu..mereka belum tentu mengerti dan mungkin saja dukamu itu akan dijadikan gurauan bagi mereka..katakanlah wahai hati, katakana lah pada pemilikmu bangkitlah, bangunlah, hidup didunia in sementara sahaja..
Bangunlah wahai pemilik hati kurniaan yg esa..ubatlah lukamu, sisihkan dukamu..balutlah luka itu dengan senyumanmu dan jangan sesekali kau lupa bahawa kenyataannya allah bersamamu..


Wahai hati..janganlah engkau gusar, selagi hayatku disini pasti akan ku titi hari demi hari..suratan takdir yang menerkam ini tidak akan kujadikan alas an untuk ku bermuram durja..ku percaya katamu wahai hati suatu masa nanti derita ini akan pergi jua..ku percaya wahai hatoi bahawa penciptamu lebin tahu segala-galanya..kerna kau dan aku wahai hati..kita satu..terima kasih kerana hati masih bersamaku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang