rakan-rakan bloggers

Monday, June 9, 2014

belajar melepaskan dengan ikhlas

Salam hai peeps we meet again..hari ni gloomy Tuesday and my heart pun gloomy jugak..cik coffee ade something nak share  actually cik coffee ingat nak share ngan pompom gang but suddenly one of our members nenek dia meninggal dunia pagi tadi..so, cukuplah dengan kesedihan tu tak perlu cik coffee tambah lagi.
Malam tadi mula-mula rasa happy sgt sebab cik coffee reward my self dengan beli handphone baru..but suddent ly kata-kata seseorang telah ruined my mood completely!! Adalah hamba allah ni datang rumah cik coffee bersembang-sembang dengan mama and entah macam mana terbukak cerita pasal majlis yang cik coffee planning sabtu lepas..

Tiba-tiba hamba allah tu tanye, kau bila lagi leya???orang tu kecik lagi dari kau..dah kahwin dah pun??kau tu umur brape leya?? Cik coffee pun jawab laa 24 tahun..then dia cakap 24 tahun?? Makne nye tahun depan kau dah jadi anak dara tua la ye leya?? Kau kena mandi bunga ni..dulu yelaa kau gemok mmg sah-sah la orang tak nak..sekarang ni dah kecik sikit dah acik tengok dah comel dahh pun orang tak nak kau..baik kau pergi mandi bunga buang sial..

Perhhh irama jantung cik coffee terus tak sekata..nak menjawab kang dikata kurang ajar, nak marah pulak orang tua..sedih giler kot diri diperkotak katik kan macam tu..macam seolah-olah cik coffee tak laku sangat je..macam cik coffee ni desperate sangat je nak berlaki..anda pun paham kan ape perasaan nye dihina depan-depan macam tu ..mungkin mak cik tu tak berniat pun nak menghina atau mungkin dia tak sedar kata-kata dia mengguris dua hati yang ade kat situ

Cik coffee terus mintak diri masuk dalam bilik..and yess I am crying!! Bukan cik coffee yang menolak jodoh yang datang and bkn cik coffee yang tentukan bila “jodoh” itu akan datang..ingat cik coffee ni takde perasaan ke..sorang demi sorang bff kahwin sampaikan cik coffee dah rasa takde kawan dah..bila seorang perempuan dah kahwin dia akan kehilangan kawan baik nya..yess that’s right mmg susah cik coffee nak hang out ngan bff yang dah kahwin..sedih taw tak, tapi cik coffee faham ni takdir allah cik coffee tgh bersabar dengan ujian ni..

Si ibu yang terluka pula, asyik menyalahkan si lelaki yang meninggalkan cik coffee..wahai ibu..itu takdir allah…allah dah takdirkan wanita itu jodoh dia..bukan nya saya segala yang berlaku ada hikmahnya..mungkin dia juga terluka dengan tomahan hamba allah tu..cik coffee sangat memahami perasaannya..tak kan dia boleh senyum sedangkan satu-satunya anak perempuan tunggal nya digelar anak dara tua.


Disaat aku masih cuba mengikhlaskan dia yang telah pergi, dia selalu dikaitkan kembali dalam hidup..saat aku mula nak bangkit,ada je yang menolak aku jatuh balik..cik coffee belajar untuk melepaskan semua ni pergi..sebab jika tidak cik coffee tidak tahu kemana arahnya takdir..ianya memang tidak mudah tetapi cik coffee cuba untuk ikhlas..sebab sesungguhnya ikhlas itu melega kan..thats all for today..till we meet again bye peeps!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Miss Nuffnang

There was an error in this gadget