rakan-rakan bloggers

Sunday, July 6, 2014

kasih sayang adalah ubat paling mujarab didunia


Assalamualaikum alls..sempena bulan ramadhan yang mulia ni cik coffee nak ucapkan selamat menyambut ramadhan untuk semua umat islam kat Malaysia ni.mesti semua orang happy dan tak  sabar-sabar menanti bulan penuh barakah ni..same goes to cik coffee jugak, punye la exited nak sambut ramadhan, dah prepare dah sahur nak masak ape..sebab tahun ni cik coffee incharge masak sahur..fuhh bayangkan dengan mata rabak bangun pagi nak masak..erkk tapi demi tuntutan tanggung jawab kpd keluarga, ku relakan jugak lah mata ni..

Dua hari sebelum puasa tetiba cik coffee terdemam panas lah pulak..pagi tu memang dah rasa tak sedap badan,tapi ignore je sarung kasut terus pergi kerja..sampai tempat kerja tetibe rasa panas je badan..tapi kaki sejuk muka dah pucat dah lastly bos suruh balik ambik half day je..pasrahkan hati balik la rumah.

tapikan , tiada ubat yang lebih mujarab berbanding kasih saying ibu.cik coffee kalau demam memang melepek je lembik baring atas katil memang kena lock habis sendi-sendi ni..datang mama cek suhu anak dia..ambik tuala basah buh kat kepala..sejam kemudian ganti tuala tadi dia tengok anak dia berkerut-kerut…dia picitkan kepala..

Ya allah tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bersyukur nye cik coffee mempunyai dia sebagai mama cik coffee..rasa terharu and disayangi sangat memang dia  jaga macam budak-budak tengah sakit.bagi makan ubat..haish 4 hari terus baik demam..tak jumpe doctor pun..hebat kan allah mengurniakan seorang ibu kasih saying yang mampu menyembuhkan kesakitan seorang anak.

I love u mama u are my everything..more than anything in this world..kalau boy friend or crush cik coffee boikot cik coffee seminggu sikit pun cik coffee tak heran! Tapi kalau mama declare tak bercakap dengan cik coffee seminit pun dah rasa tak tentu arah!! Macam org putus cinta perasaan ni memang menderita sangat lah!! Yelaa dia tempat kita manja-manja tmpat kita luahkan segalanya..tiba-tiba dia boikot kite..x ke hilang arah jadi nya..haish mintak smpang laa..dgn mama mmg cik coffee manje giler..tp x de la dpn org, nanti orang meluat pulak



Kadang-kadang duduk-duduk tngok tv cik coffee datang kat dia bwk sikat suruh dia sikatkan rambut, ikatkan rambut.kadang-kadang dia tgh mkan, saje je gedik mintak dia suap..haishh x dapat nak explain betepa bahagianya cik coffee sebab jadi anak dia..love very very very muchhh mama!! That’s all for today till we meet again peeps!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang