rakan-rakan bloggers

Wednesday, June 4, 2014

kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan

Disebabkan telahpun berjanji dengan siti naseha baharudin untuk menceritakan kisah ni..so cik coffee pun update la cerita pasal ni..

Kisah nye ade sorang girl ni dapat kerja kat tempat baru..then kat tempat kerja baru tu…dia rapat dengan sorang boy ni yang sama-sama induction dengan dia..hari-hari mereka berdua ni rehat sama-sama, pergi kerja sama-sama, balik kerja sama-sama..even kalau boy tu datang kerja naik motor pun..dia akan hantar girl tu sampai ke monorail..for your information..dari tempat kerja mereka ke monorel tu makan masa 25 minit berjalan kaki dan boy tu memang sangat caring laa sebab sanggup teman girl tu berjalan disebabkan perasaan risau girl tu jalan sorang-sorang.

Berdekatan dengan monorel tu ade bus stop..yang mana bus stop tu laa yang jadi tempat dorang duduk dan bersembang sebelum girl tu balik..setiap hari mesti mereka akan berhenti disitu meluangkan masa bersembang..mula nye dari situ..lama-lama mereka fall in love..sanggup penat-penat balik kerja pergi tengok wayang, dinner same-same..letih pun tak terasa.

Then hubungan tu berkekalan sampai lah hari raya aidilfitri tahun lepas boy ni datang berjumpa parents girl ni untuk minta kebenaran untuk berkawan dengan girl ni..tanpa dirancang, boy ni pun menyatakan hasratnya ingin mengikat pertunangan pada hari raya tahun depan nye..girl tu hanya mendiamkan diri walaupun dia rasa macam belum masanya untuk ketahap tu.tapi sesuatu yang buat girl tu gembira sebab parents girl ni sangat selesa dan  menyenangi boy tu..

Setelah beberapa bulan berlalu..sesuatu yang tak dijangka telah terjadi..disebabkan tekanan yang terlalu kuat dari ketua bahagian tempat kerja..girls ni mengambil keputusan untuk memberi notis 24 jam tanpa gaji kepada company mereka..tanpa berbincang atau memberi tahu boy tu..keesokannye boy ni mcm tercengang-cengang mencari girl tu sebab dia tidak tahu menahu tentang keputusan yang dibuat girl ni..belum lagi desakan dan perlian rakan sekerja yng lain “takkan kau tak tahu kot??” perkara ni  membuatkan si boy ni rasa seakan diri dia tak penting..si girl pun rasa bersalah dan berulang kali dia meminta maaf tapi tak dipedulikan. Akhirnya boy tu membalas permohonan maaf girl tu dengan berkata dia perlukan masa, sebab dia terlalu kecewa dia juga berpesan kepada girl tu supaya menunggu dirinya.

Sebulan berlalu pertanyaan khabar dari girl tu disambut dingin dan akhirnya girl tu mengambil keputusan untuk tunggu je tanpa mengganggu boy tu..tanpa girl tu sedari dia adalah sibodoh yang terlalu percayakan kata-kata boy tu..akhirnya hari yang ditunggu-tunggu muncul juga..suatu pagi di bulan februari boy tu mula mesej girl tu balik..gembiranya hati girl tu hanya tuhan yang tahu..tapi mesej tu lah yang buatkan dunia girl tu berubah “maafkan saya syg, awak tak perlu tunggu saya lagi..cariklah kebahagiaan awak sendiri..u deserve better”bersama dengan wedding picture boy tu..

Hancurnya hati hanya tuhan yang tahu..orang yang selama ni dibayangkan masa depan bersama nya akhirnya bersama orang lain.tapi girl tu tetap bersyukur sebab akhinya penantian tu dah tamat.baginya cinta tu merimaskan dan melemaskan..mungkin dia dah fobia..sekian hikayat novel pendek dari cik coffee..kebenaran nya?? Saya serahkan pada anda..adakah ini kisah benar??saya serahkan pada anda juga..hehehe till we meet again bubye peeps!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Miss Nuffnang

There was an error in this gadget