rakan-rakan bloggers

Friday, May 21, 2010

makna sebenar nya "gadis"

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar; sudah tiada gadis’ atau ‘sudah tiada dara’.
Umumnya,
pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula
adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. – Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang
tiada tara. ( Bidalan ltali).
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui
perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri,
ia adalah jalan yang dianggap lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.
Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak
cantik. – Bidalan Cina
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada,
praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar
saja. – Bidalan Jerman
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak
mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah
dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang
akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi
wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. -
Bidalan Servia
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu dihati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan
mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan tali
Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin bila dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai
pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman
Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.
Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik.
Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul
emas.- Bidatan Tamil
Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Antara yg belum sempat wanita bg tau kat laki..

Antaranya yang BELUM SEMPAT WANITA nak bagitau kat LELAKI…
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan ap a yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda perrtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sifat lelaki dan perempuan yg perlu korang tau..


Lima sifat wanita yang disukai lelaki :
  1. Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.
  2. Prihatin dan menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
  3. Menjaga penampilan – Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.
  4. Bijak berbicara – Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.
  5. Solehah – Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.
Lima sifat lelaki yang disukai wanita :
  1. Percaya diri – Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
  2. Lelaki lucu – Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.
  3. Romantik – Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
  4. Bijak – Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.
  5. Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.
Pandanglah diri dimanakah anda?

jangan pandang rupa dan harta

MELESTARIKAN cinta antara pasangan memang mudah jika tahu caranya. Cinta antara pasangan, ada yang sehaluan bahkan tidak kurang yang mengundang banyak masalah dalam perhubungan.
Ukuran cinta seseorang wanita bukan bersandarkan pada rupa atau harta semata-mata. Ketulusan, pandai berkomunikasi, prihatin dan sikap mengambil berat lelaki mampu mencair hati golongan hawa.
Namun, adakah semua lelaki memahami naluri halus wanita? Kebanyakan lelaki sukar menelah kehendak dan keinginan yang tersirat di hati jika lelaki tidak belajar mengenal nilai, sikap, kehendak naluri dan psikologi wanita itu sendiri.
Ada kalanya wanita menangis sendirian kerana teringatkan lelaki yang disayangi, tetapi lelaki bagaikan tidak peduli bahkan jarang menghargai kasih sayang yang dicurahkan.
Fahamilah kehendak dan perasaan serta pemikiran wanita sebelum anda menilai diri wanita itu sendiri. Luhurnya sesebuah cinta bukan hanya disandarkan pada rupa namun pemahaman, penghargaan lelaki terhadap perasaan wanita, kasih sayang serta kesetiaan lebih bernilai daripada segalanya.
- Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.
- Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik berikan masa untuknya menenangkan hati sebelum anda meminta maaf.
- Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).
- Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
- Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan cair seperti coklat!
- Wanita memang sukakan pujian tetapi lazimnya tidak tahu macam mana hendak menerima pujian.
- Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan.
- Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna.
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita.
- Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan.
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
- Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam.
- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya.
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri.
- Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal.
- Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis, rajinkan tangan menyelak buku cinta.
- Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
- Satu ucapan ‘hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik.
- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
- Senjata wanita adalah air mata!
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Thursday, May 13, 2010

pesanan utk kaum2 aku

pesanan untuk kamu yang bergelar wanita..

seorang wanita itu umpama sebiji epal..
permulaan nya di atas dahan yang tinggi tempatnya...
dan menanti untuk dipetik...
setelah lama menanti...
tiada siapa yang memetik nya...
kerana dia berada di puncak pokok yang tertinggi....
lalu dia pun merendahkan dirinya dengan jatuh ketanah...
dahulu dia adalah sebiji epal yang berharga dan bernilai...
namun kini...
dia tiada beza dengannya dengan epal murah yang lain...
"epal yang berada di puncak dahan itu..ibarat wanita solehah...
hanya lelaki yang beriman dan hebat sahaja mampu memilikinya"..
namun..
jangan pula kita jadi seperti epal yang merendahkan dirinya..
kerana tiada siapa yang memetiknya..
sebaliknya...
jadilah kita seorang wanita solehah yang tinggi martabatnya..
serta menunggu pasangannya memetiknya..
dengan sabar dan redha...
sekalipun mengambil masa yang lama...

wahai kaum2 ku yang amat aku sayangi..
marilah kita membuka lembaran baru dlm hidup kita..
tetap kan pendirian kita utk mnjadi wanita yang
tinggi martabatnya...

pesanan bonda


pesanan bonda

pesan bonda...
bukan mudah buat piliha
untuk mencari suami idaman
walau banyak kau temui
tak semua yag bisa dipercayai
doa ku kau selamat menjalani hidup ini
bila jejaka dah kau temui
moga berkenan di mata jua di hati

jika hati mu sudah terpaut
wajahya di mata mu payah nak luput
ingatlah gadisku usah kau
melayan perasaan mu jauh melalut
kerana sifat lelaki manisya di mulut
maunnya mahkota mu hendak direbut

pesanku lagi...
apa yang telah kami bekalkan
usah terburai di tegah jalan
ingatlah anak ku pesanan
suruhan Allah dijadikan pakaian diri
larangan Allah dibuat tidak sekali-kali
jaga maruah jagalah nama
disebut orang selama-lama
gadisku...jika pecarian mu telah berakhir
bawalah ke mari kami janga kau cicir
rahmat hidup kalian dega restu ini
kerna restu kami Allah berkati
ingatlah anak ku jaga kau alpa

12 cara utk tau korang fall in love

12 cara utk mengetahui kamu mncintai seseorang

Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....


*****

HAMPIR.....!

*****

dunia ini dipenuhi ramai anak seperti ku


Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantu aku dalam segala hal.
Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku sehinggalah aku berumahtangga. Beliau berkejar sekiranya diminta membantu melayani anak-anakku.
Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku apabila suatu hari aku pergi ke rumah ibuku, aku telah terjumpa sajak ini terlipat sepi di dalam laci mejanya? Sajaknya berbunyi begini.

INILAH MASANYA
Jika kau ingin menyintai ibu
Cintailah ibu sekarang supaya ibu tahu
Keindahan dan kelembutan kasih
yang mengalir kudus daripada sanubarimu

Cintailah ibu sekarang
Semasa ibu masih hidup
Usahlah tunggu sehingga ibu telah pergi
Kemudian barulah diukir di batu nisan
dengan kata-kata indah pada sekujur batu yang sepi

Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
Tunjukkanlah pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu mati
Sudah pasti ibu tidak sempat dengar
kerana kita dibatasi kematian.

Oleh itu, jika kau menyintai ibu, walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu
Lafazkan dan buktikan sekarang sementara ibu masih hidup
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah menyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tidak pernah melayani ibuku dengan sewajarnya.

Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tidak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku terlalu mengutamakan urusan rakan-rakanku. Pernahkah rakan-rakanku melayanku seperti ibuku ? Aku tahu jawapannya

Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan dengan cepat, ringkas dan tergesa-gesa. Aku benar-benar berasa malu apabila mengingatkan tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa yang aku berikan padanya dan banyak manakah masa aku biarkan dia begitu sahaja.

Anak-anakku sayang akan nenek mereka sejak mereka kecil lagi. Mereka mengunjunginya untuk mendapatkan nasihat dan ketenangan. Nenek memahami mereka.

Aku sedar dan mengerti sekarang bahawa aku terlalu ktrtikal, sensitif, dan terlalu susah untuk menghargai nenek yang telah mencurahkan kasih tanpa syarat kepada cucunya

Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak sepertiku. Aku berharap mereka insaf dan mendapat manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini aku sedang dilanda derita dan penyesalan yang tiada penghujung dan noktahnya.

salam mujahid (renungkan bersama)

itu lah cinta!!!


tgh aku dok ralit ngan lappy ak nih..aku teringat lak 1 entry post drpd blog seseorang yg tlh ak plagiat dn msuk kan kat blog ak secara x btauliah hahhaa..jgn saman ak eh..niat ak nk shared together2 jew..slame ni ak slalu tercari2 ape beza cnta,suka,and syg..ade yg kate sume tu same..tp bg ak sume tu berbeza.. kalau kite suke s'seorang tu x smestinya kite mncintai die..bgitu juga ngan syg..but..lps ak bce post ni..ak tau sape yg ak suke,sape yg ak cnta,and sape yg ak syg...ak da dpt tafsirkan perasaan ak yg slame ni keliru ngan mksud tiga2 nih dan ak sgt faham ngan prasaan ak trhadap khairy n ijam..dua2 nye kisah silam aku..tp..kedua2 nye mndapat tmpt yg b'beza di hati aku..persamaan dorang ialah..dorang b2 ni yg m'bunuh kpercayaan ak..smpaikan ak mntafsirkan sume lelaki sme mcm dorang..shingga kan ak hidup ngan byg2 dorang..dan takut utk kluar dr pintu yg terkunci...tanpa ak sedari bnyak lagi pintu yg terbuka utk aku..alhamdulillah slps kluar dr pintu yg terknci tu..ak dpt lihat wrna2 yg indah..hidup ak sntiasa colourfull dan ak m'beri peluang utk dri ku merasa bhagia dn m'usir segala bayang2 derita yg ak cipta sndri..ak sedar..rmai disisi aku..kwn2,family yg x kan skali2 tgl kan ak..dan ak teramatlah bersyukur..semoga sinar bahagia mnjadi milik aku suatu hari nanti


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


apa i2 cinta

Apa itu cinta?
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di
situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping
lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa
air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang
lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua
tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu
tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan
kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu
berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu
yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti
sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu
sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah
seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar
tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya
hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan
hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan
airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari
nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil
iaitu kerana CINTA.

Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah
sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1
bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah,
makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut
anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga,
prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan
perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir
kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan
segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus
bersama.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti.
Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu,
namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana
dianggap seperti lautan madu
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih
untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana
sahaja kamu berada.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak
usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah
menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan
cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.
Mari kita lihat apa itu cinta

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan
suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua
orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak
ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat
hatimu
melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat
tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang
kamu
fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.


Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan
siapa
dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa
penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia
kuat?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu
mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang