rakan-rakan bloggers

Friday, May 18, 2012

Petua Penjagaan Rambut Terbaik

Hai guys!! Hari ni aku nak share something kat korang..share pasal apa yer?? haaa pasal penjagaan rambut lah..aku tahu ramai antara followers,readers yang baca entry ni mesti sangat mengutamakan penjagaan rambut kan??firstly aku nak share petua-petua nenek moyang kita dulu-dulu..untuk rambut yang cantik, bersinar, serta lembut dan sihat petuanya ialah:



Ambil secawan santan, biarkan sampai santan tu naik sikit and sapukan kat rambut, rambut ye bukannya kulit kepala.kalau tak nanti kulit kepala korang berminyak..

.


Then kalau sesiapa yang malas nak buat sendiri bolehlah pergi ke salon-salon yang berdekatan. Kalau macam aku, aku selalu pergi salon dekat the mines shopping fair salon ni namanya bud garden studio. Kenapa aku suka pergi salon tu?sebab utamanya styler profesional sendiri yang akan jaga rambut korang and then sambil dia buat treatment kat rambut korang, sambil tu dia akan bagi consultation..bagus nya salon ni,sangat friendly korang akan rasa macam dah lama kenal dan mereka menganggap customer macam kawan.Memang TERBAIK!!!

Blogger yang ketinggalan zaman

hi peeps!! sayugianya dah lama aku a.k.a cik coffee tak update blog..hambek ko!!! sekali aku bukak-bukak bingung and termenung seketika OMG!!


Opss Terkejut beruk aku dibuatnya!!!

 layout blog dah berubah!! blog have new looks!! ape aku patut buat ni dah berbulan-bulan aku tak bukak blog terkial-kial aku seketika


What should i do (T_T)

by the way, takde lah susah sangat cuma ambil masa sedikit la.bagus jugak dapat belajar benda baru.Think positive je la cik coffee oii..okaylah readers semua cukup sampai ni entry ni..aku nak explore blog yang baru ni huhu baru bagi aku tapi dah lapuk bagi korang hehehe kuikuikui




Think positive and jadi cool macam uncle ni peace (^_~)

Friday, March 30, 2012

Antara Adab Dan profasionalisme

salam sejahtera semua hari ni cik coffee nak bangkitkan 1 isu yang rasa-rasanya semua orang pernah mengalaminya..iaitu betapa kurang adabnya beberapa penjawat awam dan swasta di malaysia ni. Nak dijadikan cerita, cik coffee diminta untuk membawa nenek cik coffee ke sebuah klinik kesihatan di area serdang tak perlulah cik coffee mention nama klinik  tersebut. Mula-mula ayah cik coffee pergi ke kaunter 1 untuk pertanyaan dan dari jauh cik coffee dah nampak muka petugas dikaunter tu ketat semacam je. 

Tapi mengenangkan mood cik coffee tengah dalam keadaan baik cik coffee buat tak tahu je then dia bagi lah flow untuk cik coffee bawak nenek cik coffee.Cik coffee pun tanpa berlengah lagi pergilah kekaunter seterusnya iaitu kaunter 7. Sampai-sampai je kat kaunter tu ade sorang uncle nak bagi sample darah kat nurse kaunter tu..then nurse tu cakap "darah letak kat bakul tu lepas tu boleh balik" nada nurse tu agak tinggi jugak lah memang sgt tak beradap! then uncle tu kemas-kemaskan sample darah yang ada pada dia tiba-tiba nurse tu ulang balik "sample darah tu letak kat bakul, lepas tu boleh balik..berapa kali nak ckp,dah 2x dah cakap tak faham-faham!" kali ni nada dia mmg tinggi and spontan mulut cik coffee cakap "hish biadapnye nurse ni"

 apa nak jadilah dengan mereka-mereka ni cublah senyum dan layan dengan baik. walaupun penat or dah tak larat, layan lah elok-elok. bile tengok moto and visi tempat tu bukan main lagi mesra lah penyayang lah tp?? sendiri fikir lah ye


Senyum tak perlu kata apa-apa

Thursday, February 16, 2012

K-pop Star Collection



Hellow, Hellow, Hellow..hari ni aku happy sangat sebab aku dah jumpe mp3 cute yang dicari-cari. punca nye adalah hasil dari sifat cemburuku apabila melihat teman-teman ku iaitu si Ainatul Zuhrah, Nur Syahirah Dan Nurul Afiqah masing-masing mempunyai mp3..dan begitu asyik mendengar mp3-mp3 mereka..lalu aku pun berasa terpanggil untuk memiliki mp3 seperti mereka..kebetulan pulak tgh aku berjalan-jalan di kedai online facebook..aku terjumpa 1 kedai ni Korean Stuffs memang style laa..antara item-item yg buat mata aku Bling-bling!!


 Cotton Candy Mp3 Huwaaa Sangat Cute!!!!
Yang ni Harga die RM70.00

 Mmg Style..TVXQ LED WATCH
Big bang, Super junior, 2NE1 pon ade 
Tengok la sendiri kat Online shop ni yer
Harga die RM30.00 jer Murah kan??


 Whoaa!!! Korean Star Led Mouse!!!
sebagai ELF ak pilih yang ni..
Harga die RM38.00



Owh aku tak mampu setia 
kerana merah ialah favourite ku
Dong Bang Shin Ki!!!!

Itu lah antara item-item yang mampu mengeluar kan tanda $$ kat mata aku ($_$) kalau korang lawat online shop ni maybe lagi banyak $$$ yang muncul kt mata korang..selamat berbelanja!!!

P/s:korek-korek tabung tengok ade duit lebih tak hehehe

Thursday, February 9, 2012

Ha dong hoon dan Pororo


yeaaaa~~~...Pororo!!...^_~


kartun Pororo nie asal nyer dari Korea...kartun nie mmg femes giler kt sana...1st time aku tau kewujudan makhluk comel nie masa aku dok layan  Running Man...bila HAHA + Pororo, jadi lah HARORO...mamat korea ni mmg lawak giler..aku minat sangat..


 Berbalik kepada tajuk utama entry ni tadi Haha ni memang seorang yang happy go lucky, sangat-sangat kelakar. Karakter die macam kanak-kanak tapi sangat menyentuh hati wanita aku ni..kalau korang ade rase-rase nak usha pakwe korea aku ni..sila-sila la carik kat youtube atau klik kat Running Man


 Pendek tapi comel hehe
he


Variety show Running man
dari kiri:lee gwang soo,yoo jae sook, song joon ki,ji suk jin, kim joong kook
dari kiri depan : song ji hyo, kang gary, lizzy, ha dong hoon







 mission accepted

Belajar edit gambar dengan pixlr



Salam semua hari ni  aku nak kongsi sedikit kegembiraan aku..iaitu aku dah berjaya edit picture kat internet ni..korek punya korek, gali punya gali..kambus punya kambus lastly aku terjumpe laman web ni..

name die pixlr mungkin dah ramai taw pasal web ni..tetapi mungkin juga ada kebarangkalian makhluk-makhluk yang lambat loading macam aku ni masih wujud dalam bumi malaysia ni..

First of all korang klik dulu kat link ni Pixlr then bukak-bukak je korang akan nampak web yang gelap semacam ade 3 tab browse,open url,webcam..

Terpulang kat korang nak pilih mana 1. kalau aku, aku ambik browse sbb aku gunakan gambar kat laptop aku je..then dalam tu banyak aplikasi yang menarik yang mana budak tadika pun reti explore sendiri. 

untuk sape-sape yang dah berjaya edit picture dekat pixlr ni korang boleh la try edit picture dekat laman sesawang yang lain Laman yang bersawang lain

 


p/s: malu bertanya sesat jalan..jadi jgn berjalan-jalan yer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Miss Nuffnang

Pengkritik-Pengkritik Jemputan