rakan-rakan bloggers

Monday, February 22, 2010

jom buat anak luar nikah!!! opss!! bce dlu yer

Assalamualaikum W.B.R dan Salam Ukhuwah...


Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat.

Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.

Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini.

Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?

Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.




STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.



REALITI SEBENAR UMAT YANG "ISLAM"..


Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang

Perak = 9,788 orang

Kuala Lumpur = 9,439 orang

Johor = 8,920 orang

Sabah = 8,435 orang

Negeri Sembilan = 4,108 orang

Pahang = 3,677 orang

Kedah = 3,496 orang

Pulau Pinang = 3,412 orang

Melaka = 2,707 orang

Kelantan = 1730 orang

Perlis = 691 orang

Sarawak = 617 orang

Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.



INIKAH UMAT YANG DIBANGGAKAN??


70,430 orang??Itu yang berjaya direkodkan "masih hidup".Bagaimana kes yang buang bayi seperti sampah pula? Menyentuh kisah pembuangan bayi ini, hati saya mudah tersentuh. Kadang-kadang berderai air mata saya melihat bayi comel yang tidak berdosa dibuang di dalam tong sampah dan dihurungi lalat, semut dan ulat.

Apakah dosa-dosa bayi ini?

Kenapakah gadis-gadis yang terlanjur ini sanggup menambah dosa dengan membuang bayi ini setelah melakukan dosa besar dengan berzina?

Kenapa malu setelah melakukan perbuatan terkutuk?

Tidak malukah pada Allah?


Anak-anak mudalah harapan nusa bangsa, harapan negara. tetapi anak-anak muda inilah yang banyak bergelumang dengan dosa. Bagaimanakah kita nak melahirkan pemimpin yang mulia dan adil sekiranya anak-anak muda kita pada hari ini seperti buih-buih di lautan???


Saya berpendapat bahawa ibu bapa hari ini dan semua masyarakat perlulah berganding bahu dalam mendidik anak-anak. Sebab itulah di alam Islam telah ditetapkan untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah, perlulah bermula dengan awal perkahwinan, iaitu semasa pemilihan pasangan samada suami atau isteri.


Dan Islam meletakkan AGAMA sebagai syarat utama dalam pemilihan pasangan, kerana dengan agamalah bakal melahirkan generasi yang beriman dan berilmu. Insya Allah.





AL-QURAN DAN HADIS DAH BAGI PERINGATAN...ADAKAH MASIH KITA TAK PERCAYA???



(1) Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];


(2) Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];


(3) Rasulullah bersabda, "Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya." [HR. Bukhari dan Muslim].


(4) Rasulullah juga bersabda, "Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya" [HR. Muslim]


(5) Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suami atau mahramnya;


(6) Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;


(7) Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;


(8) Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);


(9) Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].



APA KESUDAHAN CERITA INI???


Semua pihak harus berganding bahu menangani gejala sosial ini dan yang terpenting ialah institusi keluarga itu sendiri. Ramai anak muda yang bermasalah lahir dari institusi keluarga yang ibu bapanya porak peranda, bercerai berai dan asyik bersengketa.


Ambillah yang jernih buanglah yang keruh. Tingkatkan ilmu agama dan didiklah anak-anak muda dengan ilmu agama dan kasih sayang yang sepenuhnya. Luangkan masa untuk mendengar masalah. Insya Allah, akan lahirlah rumahku syurgaku....


Insya Allah teruskan berdoa semoga kita terus ditetapkan iman dan diberkati Allah selalu.



ANDA BACA ANDA TENTUKAN....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang