rakan-rakan bloggers

Tuesday, January 26, 2010

dont judge a book by its cover


Berhenti merendahkan orang lain! Berhenti meremehkan ahli maksiat! Kerana ini tidak akan merubah apa-apa selain menimbulkan rasa sombong kerana merasa diri lebih baik, sedangkan kita tidak tahu darjat seseorang itu disisi Allah.

Maksiat dosa yang menimbulkn rasa rendah diri dan memohon rahmat Allah lebih baik dari perbuatan ta’at yang membangkitkan rasa sombong ujub dan besar diri.

Abu Madian r.a berkata:

“Perasaan rendah diri bagi seorang yang telah berbuat maksiat dan dosa itu lebih baik dari kesombongan seorang yang taat”

Walaubagaimanapn ini tidak bererti menanggap remeh pada dosa tetapi apalah ertinya kita taat yang membuatkan kita melakukan dosa besar iaitu sombong.

Oleh itu kekurangan orang lain bukanlah untuk kita menjadi sombong tetapi jadikan ia sebagai amal untuk kita tolong orang supaya mengetahui dan memperbaiki kekurangannya

Sungguh mulia seorang yang rendah hati dihadapan orang dan merasakan semakin rendah diri dihadapan Allah. InsyaAllah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang