rakan-rakan bloggers

Tuesday, August 5, 2014

Bicaraku dengan hati

YA Allah kuatkan aku..aku tgh belajar erti sabar dan redha ya allah namun dugaan mu selalu menghempas dada ini..ya allah kuat kan aku.. sesungguhnya hatiku ini terlalu rapuh dan perlu berpaut padamu..saat aku cuba menjadi seorang yang sabar, semakin rakus mereka mengambil kesempatan merobek-robek hati ini..semakin aku cuba untuk redha semakin kuat mereka mengejek dan mencabar..

menangis lah wahai hati..menangis lah..usah dizahirkan tangisan itu dengan air mata..katakan pada empunyamu pemilik mu bahawa dia lebih kuat dari yang disangka..saat sahabatnya mengkhianatinya dan membuangnya umpama sampah..

katakanlah hati pada pemilikmu jika dia sabar dan redha, allah akan gantikan sahabat yang mampu menghilangkan segala gusar dan resahnya..katakanlah jua wahai hati, disaat dunia menghinanya dan mengejeknya..katakanlah pada pemilikmu bahawa allah bersamanya beserta dengan dugaan itu ade hikmah dan pengajaran yang allah ingin sampaikan padanya..

katakanlah wahai hati saat pemilikmu berasa sunyi walaupun dia dipenuhi insan sekelilingnya..teruskanlah kepura-puraan itu..teruslah tersenyum teruslah ketawa walau ianya janggal bagimu..jangan ditunjukkan perasaanmu itu..mereka belum tentu mengerti dan mungkin saja dukamu itu akan dijadikan gurauan bagi mereka..katakanlah wahai hati, katakana lah pada pemilikmu bangkitlah, bangunlah, hidup didunia in sementara sahaja..
Bangunlah wahai pemilik hati kurniaan yg esa..ubatlah lukamu, sisihkan dukamu..balutlah luka itu dengan senyumanmu dan jangan sesekali kau lupa bahawa kenyataannya allah bersamamu..


Wahai hati..janganlah engkau gusar, selagi hayatku disini pasti akan ku titi hari demi hari..suratan takdir yang menerkam ini tidak akan kujadikan alas an untuk ku bermuram durja..ku percaya katamu wahai hati suatu masa nanti derita ini akan pergi jua..ku percaya wahai hatoi bahawa penciptamu lebin tahu segala-galanya..kerna kau dan aku wahai hati..kita satu..terima kasih kerana hati masih bersamaku..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang