rakan-rakan bloggers

Thursday, August 7, 2014

soalan-soalan cepumas yang menyebalkan

Assalamualaikum, hai peeps!! We meet again setelah sekian lama menyepi..busy cek habaq hang!! Tapi hari ni hati aku ni dipanggil-panggil menggedik-gedik nak post entry kat blog kesayangan aku yang dah bersawang ni..actually aku rasa blog ni la kawan terbaik aku..yang aku boleh luahkan perasaan sebal terhapad dunia yang kejam nih..ececeh ayat nak power je..ngeh3..

Sebelum membebel lebih panjang aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir da batin kepada followers dan reader or silent reader, blogger dan blogwalker..andai ade tulisan aku yang mengguris perasaan sesiapa..macam kebiasaan ramai orang balik kampong bila tibanya hari raya aidil fitri, begitu jugak lah aku…tngah syiokk mood raya…haish keluar pulak soalan-soalan sumbang dari sesetengah ,mulut aunty2 dan cousin2 ni..
Soalan nye berbunyi begini, “ko dah ade belum leya?”aku tertenye-tanye..”ade ape?” rupa-rupa nya maksud dorang boyfriend!! Ya ampunnn..takut sangat dorang yang aku ni jadi anak dara tua..haishh siap tanye bile nak kawen, yang paling advance sekali..siap mix and match arghhh stress!! Kalau org yang dimatch kan tu tak de depan mata tu ampun la jugak..ni dua-dua ade kat situ haishh mau nye tak terkiput-kiput kami berdua..

Yang lagi mengharu kan keadaan..kawan adik aku pun di mix and match kan adoyaii..dah yang budak tu pun hari-hari datang rumah..tolong pasang langsir laa repair oven laa huish semak nye otak acik!! Kata nya budak tu suitable sgt dengan aku..okay dia mamak!! Dorang siap kata siapa lagi nak kat aku..dah orang nak tu..terima je lah..aiyakk iam not that desperate laa..and aku bukan nye tak laku sangat..kalau aku bawak aril tu dtg rumah, senyap kot semua nya..tapi, tu tak adil lah untuk aril..nampak sgt aku pergunakan dia untuk kebaikan aku sahaja..sedangkan aku tak de niat nak jadikan dia someone special..bukan nya apa, aku bukan nya tak nak kahwin atau berteman lelaki..tapi hati aku ni dah kering sangat memang dah takde hati sangat-sangat..event ade kawan kat fb aku tu bagi hint pun aku buat tak tahu je..memikirkan pasal cinta, hati dan perasaan ni pun aku dah rasa trauma..sikit pun aku tak jeles tengok pasangan lain..

dan aku percaya, sekeras-keras hati aku ni pun suatu hari nanti akan lembut juga..dan aku juga percaya yang kalau allah nak gerak kan hati, allah tak kan gerak kan satu hati je..allah mesti akan gerak kan dua-dua..sekrang nih memang allah dah letak kan perasaan “suka” kat seseorang dalam hati aku..dan mungkin perasaan tu takde dalam hati dia..and aku just biarkan je perasaan tu sebab aku yakin perasaan ini akan berlalu seiring dengan waktu..dan mungkin perasaan ni datang sebab dia tu seorang yang caring dan mungkin juga aku hanya suka pada sifat nya…


okay sekian sahaja bebelan aku untuk hari ni..thanks and bye peeps..till we meet again!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang