rakan-rakan bloggers

Monday, August 11, 2014

belajarlah untuk menghargai

Hai ols we meet again dalam entri yang kali ni..kali ni aku nak cerita tentang penghargaan atau dalam bahasa orang kampong aku “appreciate” ramai orang yang terima penghargaan tapi tak ramai yang yang tahu menghargai

Nak dijadikan cerita, ade la sorang yg aku kenali , kira aku rapat laa ngan dia ( nama tak perlu di mention) aku rasa dial ah org yang paling banyak dapat penghargaan dan dialah yang paling bertuah sbb ade orang sayang dan hargai dia..dia ada boyfriend yang baik sangat, tulus dan mulus serta kudus haha..pendek kata sanggup buat apa saje demi kenalan aku ni laa

Dari segi material tu dah confirm-confirm laa dah mcm suami isteri dah aku tengok..memang perlaburan besar laa bf dia tu tapi sayang nye dia ni sebagai org yg dihargai dia tak menghargai pun boyfie dia mmg dia kongkong abis laa aku tak tau nak cakap mcm mana..dia terlalu ikutkan perasaan and terlalu nak ikut kepala dia je..lelaki tu nak tukar kereta, dah kira baik la lelaki tu tanye pendapat dia, makna nye dia penting la bagi lelaki tu..dia lak boleh bentak lelaki tu dengan ayat nih “ tak payah nk ngengade!! Yang ade ni pun belum abis bayar!! Nak tukar-tukar nanti siape yg nak bayar??”

Bila aku nasihat tak nak dengar..ade caranya untuk kita deny keinginan orang..jangan kita fikir orang tu lebih sayang kita dari kita sayang dia, kita boleh ambil kesempatan..bila-bila masa je hati dia boleh berubah, time tu nak menyesal memang selamat tinggal lah..cakap baik-baik tanye dulu kenapa dia nak tukar kereta, macam mana dia nak bayar,kereta apa yang dia minat tu, lepas tu nasihat dia bagi tahu yang kereta yang dia pakai tu pun okay..tapi kalau ade rezeki lebih nanti kita tukar kerta yg dia minat..kan lebih baik macam tu dari kita terus pangkah dia..

Kerap kali soalan ni keluar dari mulut aku..”kenapa kau buat dia macam tu??” yelaa macam mana aku tak asyik tanye..sampaikan lelaki tu nak beli handphone pun dia larang beli handphone yang lagi canggih dari dia..kalau nak beli handphone beli yang sama dengan dia or lagi bawah dari dia..

Tolonglah wahai makhluk-makhluk sekalian..tolonglah hargai orang macam tu baik giler kot..jangan ambil kesempatan atas kebaikan dia sebab ramai lagi perempuan kat luar sana yang nak hargai dia…statement aku ni bukan nya bermaksud aku suka teman lelaki dia..memang sikit pun tak lah..Cuma aku rasa macam tak adil..lelaki yang baik macam tu sering bertemu dengan perempuan yang tak reti hargai dia..and perempuan yang baik kat luar sana selalu bertemu dengan lelaki yang akan layan dia mcm kat neraka..

bila aku tegur je, dia kaitkan aril..aku dengan aril lain, dengan tegas aku bagi tau aril yang aku ni tak sesuai untuk dia..berbeza sangat kitorang nihh dan aril tau yang aku just anggap dia kawan..kawan baik  9 tahun kot ,macam mana aku nak adapt situasi kawan baik aku jadi boyfie ishh mmg tak boleh!! Lagi satu aril kerja kat sabah, 6 bulan sekali balik Malaysia..ye aku ni jenis yang tak boleh ditinggal banyak pertimbangan aku fikir sebelum menolak dia..cukup laa org biasa-biasa je untuk aku..memang kesian ngan dia mmg tak sampai hati..tapi kalau menipu yang aku suka dia..tu lebih menyakitkan hati..


Aku percaya kalau allah nak gerak kan hati, allah tak kan gerak kan 1 hati je..allah akan gerak kan dua2..tak guna aku bagi harapan, kalau aku just berlakon kaku je depan dia..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Miss Nuffnang

There was an error in this gadget