rakan-rakan bloggers

Thursday, January 20, 2011

Kunci Kebahagiaan

Dalam mana-mana perhubungan, kunci kebahagiaan adalah sikap jujur .
Sikap positif yang lain kedua selepas itu. Tak kira perhubungan kawan, kekasih atau suami isteri (atau seorang suami dengan beberapa isteri), kejujuran adalah kunci utama untuk ia kekal lama.


Punca lain seperti adanya orang ketiga, masalah kewangan, keperitan hidup atau masalah-masalah yang tak terungkap, boleh diharungi jika kejujuran kukuh di hati. Selepas jujur, timbul komitmen dan tanggungjawab.


Cinta dalam mana-mana perhubungan putus kerana sudah tidak ada jujur. Kita adalah makhluk beremosi. Tak semua kita boleh kawal emosi, sebab itu tak semua orang ada sikap jujur, kerana tidak tahu bagaimana mengawal emosi.


Emosi kita pula dipengaruhi 100% oleh nafsu. Nafsu adalah perosak sikap jujur .
Nafsu mendorong Kita tamakkan cinta yang lebih bahagia dari seseorang, harta yang lebih banyak, hidup yang lebih sempurna, aliran duit yang lebih besar jumlahnya. Hanya kerana ini, banyak perhubungan suami isteri, kawan atau kekasih putus di tengah jalan.


Jika Anda sedang dilanda masalah dalam perhubungan, terima hakikat akan ada seseorang yang lebih baik disediakan untuk Anda, bukan si dia lagi. Kena harungi masalah tu dengan sabar dengan emosi terkawal.


Sama ada perhubungan berjaya 
dikekalkan semula atau terpaksa di putuskan, Anda kena bersedia menerima salah satu daripada situasi itu. Sama ada hasilnya baik atau buruk, kena be ready.



Kita perlu sedar hukum sebab dan akibat. Setiap yang kita lakukan ada balasannya, ada akibatnya, kesan daripada perbuatan-perbuatan kita sendiri. Musibah dan masalah turun sebagai balasan kepada dosa-dosa yang lepas, besar atau kecil.
Mungkin, ada perbuatan Anda yang tak disukai oleh mana-mana orang. Mungkin, Anda melanggar suruhan Yang Maha Esa. Dosa Anda dah berkoyan-koyan terkumpul banyaknya. Sedarkah Anda semua tu?


Jadi, kena fikir sendiri apa yang Anda dah buat selama ni.++






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang