rakan-rakan bloggers

Thursday, November 10, 2011

kebaikan menangis

Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata 

merah dan bengkak. Tapi , menangis dan

 mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan

 fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair

 mata:


1. Membantu penglihatan

Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. 

Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah 

dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.



2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara 

semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair

 yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang

 tertinggal dari keyboard komputer, 

pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 

minit.


3. Memulihkan mood


Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood

 seseorang akan pulih kembali. Air mata yang 

dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna

 dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh

 berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun


Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan 

berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar

 dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, 

keluarnya air mata yang beracun itu 

menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui

 mata.


5. Mengurangkan stress

Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan 

hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu

 endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga 

membantu melawan penyakit-penyakit yang 

disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengeratkan hubungan silaturahim


Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan 

silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya

 seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau

 seseorang yang boleh memberikan 

sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.


7. Me’rileks’kan perasaan/dir

i
Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera

 pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas

 menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak

 dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu 

membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda

 dengan menangis, jangan dipendam kerana anda

 boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.


Jadi, apa salahnya kalau kita menangis sekali sekala kan ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang