rakan-rakan bloggers

Thursday, May 13, 2010

dunia ini dipenuhi ramai anak seperti ku


Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantu aku dalam segala hal.
Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku sehinggalah aku berumahtangga. Beliau berkejar sekiranya diminta membantu melayani anak-anakku.
Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku apabila suatu hari aku pergi ke rumah ibuku, aku telah terjumpa sajak ini terlipat sepi di dalam laci mejanya? Sajaknya berbunyi begini.

INILAH MASANYA
Jika kau ingin menyintai ibu
Cintailah ibu sekarang supaya ibu tahu
Keindahan dan kelembutan kasih
yang mengalir kudus daripada sanubarimu

Cintailah ibu sekarang
Semasa ibu masih hidup
Usahlah tunggu sehingga ibu telah pergi
Kemudian barulah diukir di batu nisan
dengan kata-kata indah pada sekujur batu yang sepi

Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
Tunjukkanlah pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu mati
Sudah pasti ibu tidak sempat dengar
kerana kita dibatasi kematian.

Oleh itu, jika kau menyintai ibu, walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu
Lafazkan dan buktikan sekarang sementara ibu masih hidup
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah menyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tidak pernah melayani ibuku dengan sewajarnya.

Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tidak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku terlalu mengutamakan urusan rakan-rakanku. Pernahkah rakan-rakanku melayanku seperti ibuku ? Aku tahu jawapannya

Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan dengan cepat, ringkas dan tergesa-gesa. Aku benar-benar berasa malu apabila mengingatkan tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa yang aku berikan padanya dan banyak manakah masa aku biarkan dia begitu sahaja.

Anak-anakku sayang akan nenek mereka sejak mereka kecil lagi. Mereka mengunjunginya untuk mendapatkan nasihat dan ketenangan. Nenek memahami mereka.

Aku sedar dan mengerti sekarang bahawa aku terlalu ktrtikal, sensitif, dan terlalu susah untuk menghargai nenek yang telah mencurahkan kasih tanpa syarat kepada cucunya

Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak sepertiku. Aku berharap mereka insaf dan mendapat manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini aku sedang dilanda derita dan penyesalan yang tiada penghujung dan noktahnya.

salam mujahid (renungkan bersama)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang