rakan-rakan bloggers

Thursday, June 14, 2012

Ceramah Ustaz Azhar Idrus



14JUN
pon pon… sape peminat setia Ustaz Azhar Idrus angkat tangan???hehe…
jikalau sebelum nie sekadar menonton Ustaz Azhar Idrus di channel Youtube sahaja, peluang untuk bertemu & mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus secara lebih dekat lagi akan tiba tidak lama lagi…buat mereka yang berada hampir dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berada di Masjid Al-Azhar, KUIS.
Tarikh: 23 JUN 2012 (Sabtu)
Tajuk: Anak Kunci Kejayaan
Jam: 7.30 malam
Datang beramai-ramai…ajak sahabat-sahabat lain sekali…bukan senang nak membawakan Ustaz Azhar Idrus live di KUIS…Jangan lepaskan untuk menimba ilmu ini.. Datang lah awal untuk sama-sama menunaikan solat maghrib berjemaah di Masjid Al-Azhar…Jumpa sahabat-sahabat semua di sana yer…

Alangkah bagus jika seha dan munie disini

hello chingu!!!
Tengah dok sorang-sorang termenung 
tetibe terfikir alangkah baiknya jika Munirah azmi dan siti naseha disini 

pasti aku tak kan termenung macam ni..
babe aku rindukan korang rindu sampai ase nak nangis bawah bantal 

siyes ni aku tengah menangis ni tengok ni


Sedihkan muka aku menangis..comel lak aku nengok kan 
boleh buat muke macam ni hari-hari kalau ade suami nanti (Mahunye mkn kaki nanti hehehe )

Tetibe di hari yang indah lagi ceria ni aku teringatkan saat-saat naseha membebel kat aku ayat yang paling aku ingat ialah ayat nak bangun pagi 

naseha: aleyaaaa bangun solat subuh!!!

dan kalau aku dah bangun, aku akan menjawab

aleya: kau tengok aku ni tgh mkn ke??

rindu jugak dengan munirah azmi yang suke menyempit kat katil aku..dia bajet badan kami ni saiz missworld kot  huhu 
SAHABAT-SAHABATKU JOM KITE KELURA MAKAN SUSHI!!



p/s: yang tulisan besar tu je motifnye sebenarnye 
hehehehehe

Hari senyum sedunia

Assalamualaikum blogger pemalas kembali lagi..sekali lagi aku minta maaf sebab entry ni dah mcm sikat yang dah kurang gigi hehe..maksud aku aku jarang post entry..tujuan besar aku nak post entry ni sebenar nye untuk berlagak ngan korang sebab aku dapat tawaran belajar ececeh sekadar gurauan sahaja yer bukan nak berlagak tapi sekadar mahu berkongsi kegembiraan terutamanya kepada sahabat sehidup sematiku munie. 

ceritanye macam ni..disebabkan aku rajin berjemur tengah-tengah panas minggu ni aku diserang penyakit yang berbahaya!! takde lah bahaya sangat sebenarnya..saje je nak buat gempak..demam biase je pun..tengah aku bajet-bajet tak larat and terlantar atas katil tiba-tiba adik bongsu aku si naim menjerit..kak yaaaa, kak yaaaa ade surat dari pakwe kak yaaaa...haaaa panjang yaa nye kan..terkejut beruk aku dibuat nye tibe-tibe rase hilang demam. Aku pun ape lagi dengan semangat wanson nyambek yang tibe-tibe menyerap ke tubuh ku..aku pun berlari-lari anak ke arah adik aku..

Laaa rupe-rupenye posman yang dimaksudkan "pakwe aku"..kurang belacan punye adik..terkekek-kekek posman tu gelak (maybe tengok aku excited sgt kot) lepas bagi jelingan maut kat adik aku..aku pun membelek-belek surat tu..kat sampul besar tu tertulis Managment And Science Universiti..hooyay!!hooyay!! aku dapat tawaran futher study..tawaran futher tu tak penting sangat!! yang penting nya aku dapat tawaran untuk course yang aku minat and memang minat aku sejak aku dilahirkan lagi Bachelor counselling And Guidance (HONS)!! ape lagi terus kebah demam aku..sempat jugak aku menari-nari samba dengan adik aku untuk meraikan kegembiraan aku..hehe

Thanks kepada Msu sbb sudi bagi tawaran yang menggembirakan ni..walau macam mana pun aku tetap jugak tunggu keputusan UPU untuk bachelor julai ni..doa-doakan aku dapat yer kengkawan..Adios!!


happy nye!!!

Friday, May 18, 2012

Petua Penjagaan Rambut Terbaik

Hai guys!! Hari ni aku nak share something kat korang..share pasal apa yer?? haaa pasal penjagaan rambut lah..aku tahu ramai antara followers,readers yang baca entry ni mesti sangat mengutamakan penjagaan rambut kan??firstly aku nak share petua-petua nenek moyang kita dulu-dulu..untuk rambut yang cantik, bersinar, serta lembut dan sihat petuanya ialah:



Ambil secawan santan, biarkan sampai santan tu naik sikit and sapukan kat rambut, rambut ye bukannya kulit kepala.kalau tak nanti kulit kepala korang berminyak..

.


Then kalau sesiapa yang malas nak buat sendiri bolehlah pergi ke salon-salon yang berdekatan. Kalau macam aku, aku selalu pergi salon dekat the mines shopping fair salon ni namanya bud garden studio. Kenapa aku suka pergi salon tu?sebab utamanya styler profesional sendiri yang akan jaga rambut korang and then sambil dia buat treatment kat rambut korang, sambil tu dia akan bagi consultation..bagus nya salon ni,sangat friendly korang akan rasa macam dah lama kenal dan mereka menganggap customer macam kawan.Memang TERBAIK!!!

Blogger yang ketinggalan zaman

hi peeps!! sayugianya dah lama aku a.k.a cik coffee tak update blog..hambek ko!!! sekali aku bukak-bukak bingung and termenung seketika OMG!!


Opss Terkejut beruk aku dibuatnya!!!

 layout blog dah berubah!! blog have new looks!! ape aku patut buat ni dah berbulan-bulan aku tak bukak blog terkial-kial aku seketika


What should i do (T_T)

by the way, takde lah susah sangat cuma ambil masa sedikit la.bagus jugak dapat belajar benda baru.Think positive je la cik coffee oii..okaylah readers semua cukup sampai ni entry ni..aku nak explore blog yang baru ni huhu baru bagi aku tapi dah lapuk bagi korang hehehe kuikuikui




Think positive and jadi cool macam uncle ni peace (^_~)

Friday, March 30, 2012

Antara Adab Dan profasionalisme

salam sejahtera semua hari ni cik coffee nak bangkitkan 1 isu yang rasa-rasanya semua orang pernah mengalaminya..iaitu betapa kurang adabnya beberapa penjawat awam dan swasta di malaysia ni. Nak dijadikan cerita, cik coffee diminta untuk membawa nenek cik coffee ke sebuah klinik kesihatan di area serdang tak perlulah cik coffee mention nama klinik  tersebut. Mula-mula ayah cik coffee pergi ke kaunter 1 untuk pertanyaan dan dari jauh cik coffee dah nampak muka petugas dikaunter tu ketat semacam je. 

Tapi mengenangkan mood cik coffee tengah dalam keadaan baik cik coffee buat tak tahu je then dia bagi lah flow untuk cik coffee bawak nenek cik coffee.Cik coffee pun tanpa berlengah lagi pergilah kekaunter seterusnya iaitu kaunter 7. Sampai-sampai je kat kaunter tu ade sorang uncle nak bagi sample darah kat nurse kaunter tu..then nurse tu cakap "darah letak kat bakul tu lepas tu boleh balik" nada nurse tu agak tinggi jugak lah memang sgt tak beradap! then uncle tu kemas-kemaskan sample darah yang ada pada dia tiba-tiba nurse tu ulang balik "sample darah tu letak kat bakul, lepas tu boleh balik..berapa kali nak ckp,dah 2x dah cakap tak faham-faham!" kali ni nada dia mmg tinggi and spontan mulut cik coffee cakap "hish biadapnye nurse ni"

 apa nak jadilah dengan mereka-mereka ni cublah senyum dan layan dengan baik. walaupun penat or dah tak larat, layan lah elok-elok. bile tengok moto and visi tempat tu bukan main lagi mesra lah penyayang lah tp?? sendiri fikir lah ye


Senyum tak perlu kata apa-apa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang