rakan-rakan bloggers

Friday, July 1, 2011

PeTuA cArI JOdOh


Petua Mencari Jodoh Zaman Sekarang

 Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. anda perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

2. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

3. Anda boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

4. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan, iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan.

5. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

6. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika anda didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada anda.

7. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini akan membuatkan dia rasa istimewa.

8. Orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersira

panduan cinta


Renungkan.

Hayati dan fahami.

  • Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangi mu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

  • Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika memaafkanya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.

  • Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal?

Wednesday, June 29, 2011

3 lelaki yg ptut direject




Lihat pasangan sedia ada anda, dan cuba anda fikirkan si dia itu tergolong dari kalangan yang mana satu? Kalau tak ada dalam kategori tu .. maknanya istimewalah tu ... hehehee....

Kiranya anda beruntunglah ... jadi meh siasat ...jeng jeng jeng ....

3 Jenis Lelaki Yang Patut Wanita Ketahui Dan Elak

Lelaki Kasar
Lelaki jenis ini suka memaksa. Anda berasa seolah-olah ada kelembutan dalam dirinya. Dia suka bertindak mengikut perasaan. Selain memaksa, si dia seorang yang ego sehingga anda rasa terkongkong. Mungkin dia bertindak seperti menunjukkan kekuatannya. Tapi, sebenarnya kelakuan ini muncul kerana dia merasa tidak aman.

Gayanya seperti lelaki yang sopan dan baik. Dia sering menyalahkan orang lain di depan umum. Lagaknya seperti seorang jagoan.

Kalau diperhatikan, dia suka merayu. Pada mulanya dia memujuk dengan lemah lembut, kemudian berteriak, membaling barang dan menumbuk tembok. Dia suka menuduh anda dengan tuduhan yang tidak beralasan. Bahayanya, biasanya dia bersumpah tidak akan melukai hati anda lagi. Mengaku sudah sedar. Tapi, dia tidak pernah berubah, jika sudah mulai memukul, kemungkinan besar ia akan mengulanginya lagi.

Lelaki Egois
Lelaki jenis ini lebih mementingkan diri sendiri. Si dia nampak baik dan suka membantu. Padahal si dia suka kalau dapat mengatur anda, dan menunjukkan dia berkuasa ke atas anda. Anda harus melakukan apa saja untuk menyenangkan dirinya atau hatinya. Si dia juga suka membeli anda hadiah. 

Kelihatannya romantis, motifnya untuk membuktikan bahawa hubungan anda menyenangkan dan ideal. Dia tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain, termasuk anda. Selalu berasa benar dalam segala hal. Suka merendah-rendahkan pasangannya. Kalau prestasi anda lebih tinggi, dia akan marah. Dia ingin membuat anda lemah dan selalu bergantung padanya. 

Di samping itu, dia tidak pernah mengambil peduli perasaan anda, yang penting dia gembira. Si dia juga sering mengucapkan kata-kata seperti "kalau you benar-benar sayangkan I, you mesti... " Anda mungkin kehilangan penghargaan terhadap diri anda sendiri kerana si dia mengatakan, anda tidak dapat hidup tanpanya. Si dia mungkin tidak segan-segan memukul anda.

Lelaki Miang Dan Mata Keranjang
Lagaknya seperti seorang lelaki yang berperwatakan liar. Pandangannya luar biasa kerana yang diminati hanya tubuh anda. Anda mungkin tidak selesa dan berasa janggal jika selalu dipandang. Si dia tidak dapat menyembunyikan dorongan seksualnya. Mungkin dia terpengaruh dengan filem dan bacaan porno atau pergaulan dengan rakan-rakan. Jadi, dia mempunyai fikiran "kotor". 

Tanda-tandanya adalah seperti pegangan tangan dengan penuh bernafsu seperti ingin "bermesra" dengan anda. Rayuannya "maut". 

Lelaki jenis ini suka wanita yang bertubuh cantik dan menggiurkan. Dia juga suka memberitahu anda bahawa bahawa ramai wanita tertarik dengannya dan dia tidak segan mengatakan, betapa beruntungnya anda memiliki dirinya.

Bahayanya, lelaki jenis ini tidak mencintai anda sebaliknya dia hanya mencintai seks dan hanya suka dengan tubuh anda. Setelah puas, anda akan ditinggalkan begitu saja. Demi memenuhi keinginannya, dia akan berusaha membuat anda lemah. Akhirnya, seolah-olah hanya dia yang mampu membuat anda berasa dicintai. Anda mungkin tertipu atau lebih buruk lagi anda mungkin kehilangan "milik" anda yang paling berharga. Anda harus berhati-hati menghadapi si dia yang mempunyai sikap seperti ini

Ayat-ayat maut


Salam ...
Wanita punyai jiwa yang halus. Kadangkala sukar nak difahami lelaki. Walaupun kadang-kala wanita itu nampak garang semacam tapi still tersirat kelembutan yang boleh membuatkan mana-mana lelaki cair ibarat aiskrim yang dimakan waktu tengahari bening.
Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut:

9 Ayat Maut Seorang Perempuan


1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa atau lebih glemer, nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab "sama-sama"... hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas .... jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
a
9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya ..

Friday, June 24, 2011

Pesan IBu

pada suatu petang..sedang si anak bersantai-santai dengan ibunya..tibe-tibe ibunya mula bercerita..kisah yang layak untuk jadi tauladan untuk si anak hayati.".tentang cinta" sudah lama si ibu menyimpan cerita itu dibenak nya..

wahai anak ku janganlah engkau terelalu percaya dengan insan yang bernama kekasih..janganlah engkau menyerahkan seluruh jiwa dan ragamu demi kasihmu..kerana kelak jika kau didustai..engkau tidak akan dapat berdiri dengan teguh dan memujuk jiwa mu..pasti engkau akan terasa lemah..kakimu seakan longlai untuk berjalan..dan semangatmu akan beterbangan bersama-sama kejujuran yang engkau sandarkan..ketahuilah anak ku..

dahulu aku juga mencintai seorang lelaki..seprtimu juga aku telah serahkan seluruh cintaku..kepercayaanku padanya tidak berbelah bagi..padanya telah kusandarkan segunung harapan sehinggalah terciptanya 1 ikatan yang bernama pertunangan..setelah empat tahun menyemai kasih..ketahuilah anak ku..kami berpisah tanpa rela kami..apa yang ibu mu harapkan..supaya lelaki itu bangun dan memperjuangkan cinta kami..tetapi ibu mu ini terlalu meletak kan harapan yang tinggi dan akhirnya kecewa yang datang mengisi..

kekasih yang ibu mu sanjung hanya berdiam diri..kekasih yang ibu harapkan dengan rela meninggalkan ibumu sendiri..ketahuilah anak ku, hati ku hancur tatkala itu..terlalu hancur dan sedih..hari-hari ibumu cuba untuk bangkit dan cuba untuk berdiri..tetapi ibumu ini tetap terjatuh..tertatih-tatih dan akhirnya jatuh semula..dan akhirnya ibu mu hanya menangis meratap cinta yang sudah pudar warnanya..masih terngiang suaranya memanggil nama ku wahai anak ku..selama berbulan-bulan ibu mu ini sengsara..sehingga dari segi fizikal pun engkau akan dapat lihat kesengsaraan yang ku tanggung..bukan nya mudah wahai anak ku..

disaat itu kepercayaan ku kepada insan bernama lelaki..sudah punah dan disaat itu juga hadirnya ayahmu memujuk kan dan menjadikanku yang halal untuk nya..jauh di lubuk hati, ibumu sungguh menyesal kerana menyerahkan cinta pada insan yang tidak berhak langsung untuk memilikinya..

Nasihatku, janganlah kau ulangi kesilapan ibumu..tidak ingin ku rasa kau menanggung apa yang telah ku lalui..ku harap kau mengerti ketegasan yang ku lakukan terhadapmu..air matamu umpama duri yang mencucuk jantung ku..tidak ku rela anak yang ku kandungkan 9 bulan menangis dan membazirkan air mata untuk insan yang tidak layak untuk memilikinya ..sayangilah kekasihmu itu seadanya..sesederhana mungkin kerana jika engkau dikecewa,masih ada sisa cinta yang banyak untuk kau baja dan menjadikannya cinta unggul untuk insan yang bernama suami..



Monday, June 13, 2011

Erti Persahabatan


Jika kau bertemu dengan seorang rakan,
Yang sanggup bersusah-payah,
Atas nama kesetiaan,
Mendahulukanmu atas nama kebajikan,
Menyimpan aibmu atas nama keikhlasan,
Menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
Memendam terkilan demi menjaga perasaan,
Dia bukan seorang kawan tapi,
Dia lebih dari itu...


Andai kau terasa beban kerananya,
Dan meragui keikhlasannya,
Itu tandanya engkau tidak seikhlas dia,
Andai engkau membuka keaibannya,
Itu tandanya engkau mengkhianati kejujurannya,
Andai engkautidak mempercayainya,
Itu tandanya engkau tidak menghargainya...


Dan andainya engkau terasa,
Dia mula dingin dan berubah,
Ketahuilah betapa dia sebenarnya,
Menelan sendu hempedu yang mendalam,
Kerana perhatian dan kasih sayangnya,
Kejujuran serta keikhlasannya kau permainkan,
Maka setelah itu...
Usahlah kau harapkan sesuatu,
Kerana dia sudah hilang kepercayaan kepadamu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang