rakan-rakan bloggers
Tuesday, October 27, 2009
nyesal!!!
Friday, October 23, 2009
Friday, October 16, 2009
org syg kite???
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..
8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..
beautifull hadith
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat
Monday, October 12, 2009
pentingkah ayah??
jelas terasa hangat kasihmu ayah..
betapa kurindukan redup wajahmu..
hadir menemaniku..
terbayang ketenangan..
yang selalu kau pamerkan..
bagaikan tiada keresahan..
walau hatimu sering terluka ..
tika diriku terlanjur kata..
tak pernah sekali kau biarkan
diriku sendirian..
ketika ku dalam kedukaan ..
kau menatap penuh pengertian..
disaat diriku kehampaan..
kau setia mengajarku..
erti kekuatan..
terpancar kebanggaan..
dlm senyummu..
melihatku berjaya..
ketika ku kegagalan..
tak kau biarkan aku terus kecewa..
dengan kata azimat..
engkau nyalakan semangat..
restu dan doa..
kau kirimkan..
ayah...
4.22pm
bahagian pendakwaan jawi
Friday, October 9, 2009
kasih sayang vs penderhakaan
sedang aku kebosanan kerana tiada kerja di bhg pendakwaan..fikiranku melayang teringatkan satu peristiwa yg menyesakkan dada ku..sebagai seorang insan biasa,peristiwa itu membuat kan air mata wanita ku ini mengalir..ya allah dunia dah akhir zaman..
**********************************************************************
pada satu hari di bulan ramadhan yg mulia..40an..aku tersenyuaku baru je balik dari kampus,dgn langkah yg longlai(puasa la katakan)aku menuju ke gerai mama di bazar ramadhan yg berdekatan dgn rumah aku..sedang aku menanti pelanggan yg datang untuk membeli juadah..dtg seorang makcik yg dlm kiraan ku berusia 40 an..aku tersenyum melihat wajah keibuan nye dan senyuman lembut yg dihadiahkannye padaku..blm sempat makcik tu memilih juadahnye..tiba2 dtg seorang remaja dalam usia belasan tahun pada kiraan ku..mungkin 14 or 16 tahun umurnye..mencuit lengan makcik td..jelas kedengran di cuping telingaku..anak muda itu meminta duit kpd ibunye..
"mama bak 50 rgt"dlm hati aku..biadab sungguh budak nih,da la ckp kuat2 mcm mtk kat bank lak lagak dia..mamkcik tu pun jwb
"shah nak bwat ape smpai 50 rgt,mama x de dwet,mama blom gaji lg"dlm hatiku terbit rasa simpati melihat wajah sayu makcik tu.."kalau x nk bg tu ckp je la..eii bengang btol aku,kedekot nk mampos org tua ni"ya allah aku tersentak melihat kebiadapan budak tu..nak je aku sound..tp memikirkan ramai customer,aku diamkan je..aku melihat titisan air mata terbit di wajah ibu tu.."shah..jgn la mcm ni..malu laa dpn org ramai ni..betol mama x de duit.."sayu suara ibu
tu.."peduli ape aku org ramai tengok..fuck r mama kate x de duit..mcm shah x tau je duit berkepuk2 kat handbag mama tu kan,kalau mama x bg x pe..shah kwn ngan budak2 yg isap dadah tu..mama suka kan shah isap dadah.."ugut budak tu..."shah..jgn la mcm ni..mama mtk maaf ye..mama tau mama salah,nanti mama g bank,mama kuarkan duit ye..maafkan mama ye."ucap makcik tu bersama tangisan yg ditahan2,lalu ank itu pun berlalu dgn berpesan"mlm ti mama bg ea..mama tipu siapla..tngok ape yg shah buat ti.."astaghfirullah hal azim...mcm mana seorang ibu bleh merayu kpd anaknye...kenapa seorang anak yg kurang ajar,tidak diberi pengajaran yg sepatutnye..menitis air mata ku melihatkan tangisan mak cik tu.."dik bagi mak cik laksa 2,mtk maaf ye dik kecoh2 kat sni td..entah la dik makcik dah terlajak manje kan dia..da x tau nak ajar mcm mane..dia lah satu2 nye anak tunggal lelaki makcik.."
lalu not Rm 10 dihulurkan kpd ku..aku sempat mengerling ke beg duit makcik tu..tgl 10 rgt saja berbaki...smapinye hati ank die wat mcm tu..ank jenis ape la tu..moga2 ko akn dpt balasan yg stimpal dgn prangai dan perbuatan kau wahai anak..9 bulan ibu mengandungkan kau..bertahun2 dia menjaga kau,merawat kau..ini balasan yg kau bagi..kau malukan dia depan org ramai..seolah2 kaulah jagoan kerana berani menentang ibu kau..sesungguhnye balasan yg seksa akn menanti kau..bisik ku dlm hati..aku melihat makcik tu berlalu dgn perasaan yg sayu...
selama ni aku selalu memberontak dlm hati..kenapalah abah ngan mama selalu mengongkong aku,semua aku buat salah..sampaikan mereka menghantar ku ke maahad al islah..sekolah yg terletak di kawasan perdalaman yg hanya dikelilingi sawah padi..saat tu aku rasakan mama ngan abah x adil..aku dpt tawaran ke sekolah yg bagus..kenapa abah ngan mama tolak...aku teringat saat surat tawaran ke sekolah puteri wilayah dan SMAKL yg aku terima sewaktu aku baru nak melangkahkan kaki ke sekolah menengah ditolak oleh mama ngan abah..dan aku ditempatkan di sebuah ssekolah yg agak daif fasilitinye...betapa aku memberontak dan menggagalkan beberapa subjek aku..begitu kecewa mama ngan abah mase tu..baru sekarang aku sedar..tanpa semua tu..aku akn jd seorang yg demanding..seorang yg kurang ajar..dan aku tak mungkin akn jd seorang islamic student seperti sekarang..ya allah bersyukurnye aku...terima kasih ya allah...terima kasih mama n abah..kau x salah mendidik ku dgn ketegasan ku..aku mula terfikir dgn kata2 org dahulu..sygkan anak,tangan2kan...btol lah ape yg org2 dlu katakan..didik lah anak dgn cara yg tegas,tp penuh berhikmah..jadikanlah rasulullah sebagai model ikutan..sesungguhnye islam itu mudah dan indah...
4.53,bahagian pentadbiran pndakwaan JAWI

