rakan-rakan bloggers

Monday, June 13, 2011

Erti Persahabatan


Jika kau bertemu dengan seorang rakan,
Yang sanggup bersusah-payah,
Atas nama kesetiaan,
Mendahulukanmu atas nama kebajikan,
Menyimpan aibmu atas nama keikhlasan,
Menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
Memendam terkilan demi menjaga perasaan,
Dia bukan seorang kawan tapi,
Dia lebih dari itu...


Andai kau terasa beban kerananya,
Dan meragui keikhlasannya,
Itu tandanya engkau tidak seikhlas dia,
Andai engkau membuka keaibannya,
Itu tandanya engkau mengkhianati kejujurannya,
Andai engkautidak mempercayainya,
Itu tandanya engkau tidak menghargainya...


Dan andainya engkau terasa,
Dia mula dingin dan berubah,
Ketahuilah betapa dia sebenarnya,
Menelan sendu hempedu yang mendalam,
Kerana perhatian dan kasih sayangnya,
Kejujuran serta keikhlasannya kau permainkan,
Maka setelah itu...
Usahlah kau harapkan sesuatu,
Kerana dia sudah hilang kepercayaan kepadamu...

Saturday, June 11, 2011

Cerita Sedih Yang tak Patut Dicerita


Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.Die ade awek name Julie..julie nih dok kt perlis ..jimmy ni org  johor, Dorang nih x pnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..Gamba pon diorng x pernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310 Dorang da x than nk jumpe sngat2 dorang pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..Dan dorang bercadang utk berjumpe di rumah julie..Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan.Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..Mayat julie selamat dikebumikan. .


Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki..Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..

Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..

Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia..

Jimmy semakin tidak senang duduk..Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,

"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"
"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..
Jimmy semakin kehairanan..

Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..

Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis

Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..

Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye

Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie

Jimmy semakin hairan dan ketakutan
Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..

Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..
Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..

Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,

"awk ngah wat pe??"

Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi

"xde wat papepon..awk da smpai ke??"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"

Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."

Jimmy cuba beranikan dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...

Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...

Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pingaâ
Kerana sms tersebut berbunyi

"DIGI ADA DIMANA-MANA" hahahahahahahaha

Kerana Wanita Itu Istimewa




Allah s.w.t. berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

" Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.

Betapa sempurnanya ciptaan ilahi..moga-moga cik coffee akan menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak cik coffee nanti aaminn

Rahsia Hidup Bahagia




Tinggalkan sifat PEMARAH

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

Tinggalkan sifat PENDENDAM
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Tinggalkan sifat HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


Tinggalkan sifat BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

Tinggalkan sifat TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Tinggalkan sifat TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Tinggalkan sifat EGO
Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

Tinggalkan sifat RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

Tinggalkan sifat terlalu MENCINTAI DUNIA
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati

Wednesday, May 11, 2011

kalau lelaki kata..hehe

1.Kalau lelaki kata: oklah awak, kita sembang lain kali yek 

Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.


Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau l...elaki kata: kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.


Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td. 


Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, okay? 


Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat. 


Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je.x semestinye kene lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macam mana pun. 


Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat tau tggu. 



8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal.. Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla.. Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak



 detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak comel ble mrajok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what? 


Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand mesti tggi pnye.nk jage


standard la kate kan. *punye la senang nk pham ayat lelaki kn ?direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea.tata~ PEACE NO WAR! ♥

kalau perempuan tanya...hehehe




Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!



Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.



Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi: Tolong picit kepala. 



Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...

Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.



Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?



Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...

Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.



Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.



Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.



Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.

Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat
 aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 



Kalau perempuan kata:

Ini motor abang ker?

Makna tersembunyi:



- kereta abang kene tarik ke...?

- MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OK LAH.

- "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Miss Nuffnang